Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami Kepada Athira Yuhada

Hafidz Roshdi sah bergelar suami

Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami Kepada Athira Yuhada

Pelakon, Hafidz Roshdi sebentar tadi berkongsi berita gembira selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Athira Yuhada.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Hafidz menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya pada pagi tadi.

Difahamkan, majlis pernikahan itu telah berlangsung di Glass House Event Space, Glenmarie di Shah Alam.

Menerusi perkongsian video di IG Hafids, pernikahan itu telah dinikahkan oleh jurunikah yang berwakilkan wali pengantin perempuan iaitu Encik Abu Bakar.

Hafidz yang memakai pakaian rona putih sepadan dengan Athira kelihatan tenang melafazkan akad nikah dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Sebelum ini, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada sebelum berpisah Februari lalu. Hasil perkongsian hidup selama lebih kurang tujuh tahun itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Sumber: Instagram/Hafidz Roshdi

The post Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami Kepada Athira Yuhada appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*