Hairan, Kenapa Banyak Penutup Lubang Bentuk Bulat? Ini Alasan Tak Disangka-sangka

penutup lurang manhole cover bulat

Bukan Petak, Kenapa Banyak Penutup Lubang Bentuk Bulat? Ini Alasan Tak Disangka-sangka

Tidak kira sama ada ketika memandu atau berjalan di kaki lima, anda sudah tentu pernah terserempat dengan penutup lubang atau saluran di jalan, kan?

Objek yang kita lihat ini biasanya berbentuk bulat dan jarang sekali hadir dalam bentuk lain. Pada sesetengah orang, itu bukanlah suatu perkara yang penting dan perlu difikirkan sangat.

Namun, tidak salah untuk kita bertanya dan cuba mendapatkan jawapan, kenapa penutup lubang biasanya berbentuk bulat? Adakah ia direka begitu tanpa sebarang sebab atau ada alasan tersendiri kenapa bentuk bulat yang dipilih?

Dalam banyak-banyak bentuk untuk penutup lubang, kenapa bentuk bulat yang menjadi pilihan?

Memetik Mental Floss, terdapat banyak alasan kenapa alat ini berbentuk bulat. Perkara ini telah dijawab oleh Larry Scheckel dalam bukunya yang bertajuk ‘Ask A Science Teacher: 250 Answers to Questions You’ve Always Had About How Everyday Stuff Really Works.’

Penutup lurang berbentuk bulat kerana bentuk tersebut merupakan bentuk yang terbaik untuk menahan tekanan Bumi yang ada di sekelilingnya.

Selain itu, penutup lurang yang berbentuk bulat lebih mudah untuk dihasilkan berbanding bentuk segi empat sama atau segi empat tepat.

Bukan itu sahaja penutup lubang juga memiliki saiz yang besar dan agak berat. Maka, jika penutup terbabit berbentuk bulat, ia menjadi mudah untuk digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi pekerja pula, mereka tidak perlu mengira sudut tegak bagi lubang tersebut sebelum meletakkan penutupnya. Berbeza dengan penutup berbentuk lain, sudut harus dikira dengan tepat kerana jika tidak, lubang tidak dapat ditutup dengan sempurna.

Sungguhpun begitu, salah satu sebab terbesar mengapa penutup lubang biasanya berbentuk bulat iaitu faktor keselamatan. Penutup yang berbentuk bulat tidak akan jatuh dalam lubang yang sudah kita sedia maklum, adalah berbentuk bulat.

“Bagi setiap penutup lubang, terdapat ‘bibir’ yang berada di sekeliling rim lubang yang berfungsi untuk memegang penutupnya. Ini bermaksud, lubang tersebut bersaiz lebih kecil daripada penutup,” tulis Schekel.

Ringkasnya, tidak kira sudut macam mana penutup lubang berbentuk bulat diletakkan (selama mana saiznya bersesuaian), ia tidak akan terjatuh ke dalam lubang.

Akan tetapi, jika penutup lubang berbantuk segi empat tepat, segi empat tepat atau bujur, penutup tersebut boleh jatuh ke dalam jika ia diletakkan secara menyerong.

Lebih-lebih lagi, dengan gegaran ketika jalan raya diguna, misalnya ketika dilalui oleh kenderaan, penutup lubang mungkin bergerak-gerak. Ia boleh terjatuh ke dalam dan itu tidak akan berlaku jika penutup lubang berbentuk bulat.

BACA: Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah

Sumber: Mental Floss

The post Hairan, Kenapa Banyak Penutup Lubang Bentuk Bulat? Ini Alasan Tak Disangka-sangka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*