Hairan, Kenapa Tak Ada Kerusi Nombor 13 Dalam Pesawat? Ini Sebabnya

Kerusi Nombor 13 Tidak Ada

Hairan, Kenapa Tak Ada Kerusi Nombor 13 Dalam Pesawat? Ini Sebabnya

Pengangkutan udara adalah sebuah industri yang mendapat permintaan yang tinggi di serata dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengembara.

Menurut Statista, jumlah keseluruhan penerbangan di seluruh dunia meningkat secara konsisten sejak awal tahun 2000. Pada 2019, dianggarkan sebanyak 38.9 juta penerbangan dicatatkan secara global.

Angka berkenaan bagaimanapun jatuh pada tahun seterusnya disebabkan pandemik sebelum memulih secara perlahan-lahan bermula pada 2021.

Jumlah penerbangan global mengekalkan momentum, meningkat daripada 27.7 juta penerbangan pada 2022 kepada 34.4 juta pada 2023.

Jika anda kerap melancong ke luar negara, anda juga merupakan sebahagian daripada statistik di atas.

Bila bercakap tentang pengangkutan udara ini, pernah tak anda perasan dalam pesawat biasanya tiada kerusi atau barisan kerusi bernombor 13 dan 17?

Kenapa ada pesawat tak ada kerusi nombor 13 dan 17?

Zarul Umbrella, yang merupakan bekas pramugara, di TikToknya berkata, beberapa syarikat penerbangan di Malaysia turut tidak menyertakan barisan kerusi bernombor 13 dalam pesawat mereka.

@zarulumbrellaofficial

Korang Perasan Tak? Tempat Duduk No 13 Dalam Kapalterbang?

♬ original sound – zarulumbrellaofficial – Zarul Umbrella

Katanya, keputusan itu antaranya didorong oleh kepercayaan sebahagian pengguna pengangkutan udara yang percaya nombor 13 adalah nombor tidak elok atau tidak bertuah.

Dalam pada itu, portal Simple Flying juga mendedahkan langkah yang sama turut diamalkan banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Syarikat-syarikat itu pula ada yang beroperasi di benua Amerika, Asia, Eropah dan sebagainya. Jadi, barisan kedudukan nombor kerusi pesawat dalam syarikat masing-masing akan ‘melompat’ terus dari 12 ke 14.

Kredit: Air Asia

Selain nombor 13, penduduk di beberapa buah negara seperti di Itali dan Brazil dikatakan juga menganggap nombor 17 sebagai nombor malang.

Menyingkirkan nombor 13 dan 17 akan menjimatkan masa

Walaupun kedengaran aneh, namun syarikat penerbangan mengambil keputusan untuk ‘menghilangkan’ kerusi nombor 13 dan 17 atas beberapa sebab.

Menurut Simple Flying lagi, mengeluarkan nombor tersebut menjimatkan masa dan memudahkan kru kabin mengurus penumpang-penumpang dalam pesawat.

Misalnya, keputusan itu dapat mengelakkan para pelanggan dengan kepercayaan berkenaan daripada meminta untuk menukar tempat duduk.

Situasi tersebut sekiranya berlaku boleh menyebabkan jadual penerbangan terganggu dan menimbulkan rasa kurang senang kepada penumpang yang lain.

BACA: Pemberi Maklumat Boeing Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Kecederaan Sendiri

Sumber: @Zarul Umbrella via TikTok, Simple Flying

The post Hairan, Kenapa Tak Ada Kerusi Nombor 13 Dalam Pesawat? Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*