Ada Aduan, ChatGPT Berdepan Penelitian Mendalam Di Eropah

chatgpt penelitian eropah

Ada Aduan, ChatGPT Berdepan Penelitian Mendalam Di Eropah

NEW YORK  — Aplikasi ChatGPT kini berdepan dengan penelitian keselamatan yang mendalam oleh Pihak Berkuasa Eropah selepas beberapa hari diharamkan di Itali, lapor AFP.

Malah, pegawai selia data Perancis memaklumkan bahawa mereka telah menerima dua aduan mengenai aplikasi itu pada Rabu.

Tambahan lagi, kerajaan turut mendakwa firma tersebut tidak mempunyai asas undang-undang dalam pengumpulan data dan maklumat peribadi.

Kredibilti teknologi AI tercanggih itu terus dipersoalkan apabila pengawal selia data Kanada turut melaporkan bahawa siasatan juga telah dibuka terhadap firma tersebut.

Oleh itu, pihak berkuasa Eropah termasuk Perancis, Ireland dan Jerman cuba “memujuk” negara Itali untuk mewujudkan pendirian bersama mengenai aplikasi itu.

Itali sebelum ini bertegas untuk menghentikan ChatGPT. Bagaimanapun, pemilik firma teknologi itu menjelaskan bahawa mereka komited dalam melindungi privasi orang ramai dan mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Pengawal Selia Data Eropah, CNIL Perancis turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima dua aduan tersebut walaupun belum melakukan siasatan penuh.

Aduan ChatGPT

Satu kumpulan kempen dari Janus International, Zoe Vilain dilaporkan membuat aduan pertama berhubung sistem AI itu.

“Kami bukan anti-teknologi, tetapi kami mahukan teknologi beretika,” katanya kepada AFP.

Jelas wanita itu, dia menulis aduan tersebut selepas cuba membuat pendaftaran akaun ChatGPT. Bagaimanapun, dia tidak diberikan kebenaran untuk sebarang syarat penggunaan atau polisi privasi.

Selain itu, seorang pembangun (developer), David Libeau menyerahkan aduan setelah menemui maklumat peribadinya ketika bertanya kepada ChatGPT.

BACA JUGA: Google Lancar AI Baharu Untuk Bersaing Dengan ChatGPT

“Setelah saya meminta maklumat lanjut, ia mula menjelaskan tentang saya yang mencipta laman web atau menganjurkan program dalam talian,” tulisnya.

Untuk makluman, ChatGPT merupakan ciptaan Firma Amerika Syarikat, OpenAI. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan selepas menunjukkan kebolehan menghasilkan esei (karangan), puisi, perbualan ringkas dan lulus dalam peperiksaan yang sukar.

Pada bulan lalu, Pemilik Syarikat Tesla dan Twitter, Elon Musk bersama ratusan pakar menyeru agar pembangunan sistem AI tersebut dihentikan. Ia selepas pelancaran GPT-4.

Sumber: AFP via Yahoo

The post Ada Aduan, ChatGPT Berdepan Penelitian Mendalam Di Eropah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*