Fatin Afeefa selamat bernikah

PETALING JAYA: Pelakon, Fatin Afeefa selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Aliff Awang dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup, malam tadi.

Menerusi perkongsian pelakon, Bella Astillah, Fatin yang dilihat menyarung busana serba putih dan bertudung turut menerima ucapan tahniah dan komen positif daripada peminat.

“Pasangan sama cantik, sama padan. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat awak bersama lelaki yang tepat,” ucap Bella.

Setakat ini, pelakon Tentang Bulan itu belum memuat naik sebarang hantaran mengumumkan perkahwinannya dengan Aliff yang dipercayai seorang jutawan.

Selain Bella, jurusolek terkemuka, Datuk Alha Alfa turut memuat naik hantaran gambar dengan ucapan tahniah di atas majlis pernikahan serba mewah itu.

“Fatin Afeefa, tahniah. Terima kasih kerana menggunakan khidmat saya,” katanya.

Fatin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

The post Fatin Afeefa selamat bernikah appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*