“Hang Pergi Dengan Tenang,” Mahfuz Omar Luah Kesedihan, Imbas Kembali Jalinan Persahabatan Dengan Salahuddin

mahfuz omar salahuddin

“Hang Pergi Dengan Tenang,” Mahfuz Omar Luah Kesedihan, Imbas Kembali Jalinan Persahabatan Dengan Salahuddin

Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sememangnya meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat rakyat Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Wira Haji Mahfuz Omar yang juga merupakan kenalan rapatnya turut hiba terhadap pemergian Allahyarham.

Beliau memberitahu bahawa tidak pernah lupa tentang sepanjang perkenalannya bersama Allahyarham.

Selamat Jalan Din, Sahabatku” – Mahfuz Omar

selamat jalan din mahfuz omar
Gambar: Facebook Mahfuz Omar

“Saya ucapkan selamat jalan kepada sahabat saya din. Hang pi dulu Din. Hang pergi dengan tenang. Hang hanya sempat sakit selama dua hari dan dalam keadaan tak sedar hang pergi.

“Betapa mudahnya hang pergi. Kami taktau macam mana keadaan kami nak menghabiskan umur berbanding dengan hang yang telah menghabiskan umur dalam keadaan yang sangat senang.

“Dan Alhamdulillah Din, hang disembahyangkan dengan begitu ramai dan aku percaya esok, hang juga akan disembahyangkan lagi di kampung hang sendiri.

“Selamat jalan Din. Aku tak pernah lupa segala jasa hang, segala nasihat hang, segala kata-kata hang, motivasi hang semasa kita duduk dalam penjara, semasa kita bersama di markas PAS bersama dalam membina pemuda suatu ketika dahulu.

“Aku takkan lupa segala apa yang telah hang ungkapkan kepada kita sepanjang persahabatan kita ni.

“Selamat jalan Din, sahabatku dunia akhirat,” katanya dalam satu klip rakaman.

Kita jumpa DI SANA “Din”

selamat jalan din mahfuz omar
Gambar: Facebook Mahfuz Omar

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara itu turut berkongsikan coretannya mengenai persahabatannya bersama Allahyarham Salahuddin di akaun Facebook rasmi miliknya.

BACA JUGA: Jenazah Salahuddin Ayub Selamat Dikebumikan 

“Sejarah perhubungan, pertalian dan perjuangan yang panjang dan sukar untuk diterjemah dengan kata-kata.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham DS Salahuddin Ayub , warga KPDN Laman Rasmi serta warga Parti Amanah Negara.

“Moga dikurnia syurga buat mu Sahabat.

“Kita jumpa di SANA ‘Din’.

“Al – Fatihah,” tulisnya di Facebook.

Gambar: Facebook Mahfuz Omar

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan meninggal dunia pada 9.23 malam semalam pada usia 61 tahun, lapor Bernama.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, pukul 12.05 tengah hari tadi.

Sumber: Facebook Mahfuz Omar (1), (2)

The post “Hang Pergi Dengan Tenang,” Mahfuz Omar Luah Kesedihan, Imbas Kembali Jalinan Persahabatan Dengan Salahuddin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*