Hanya Kerana Disuruh Jimat Air, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Guna Pisau Hingga Mati

Tikam isteri hingga mati

Hanya Kerana Disuruh Jimat Air, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Guna Pisau Hingga Mati

Seorang lelaki warga Thailand tergamak menikam isterinya hingga mati dalam kejadian di Mae Hong Sorn, Thailand, lapor The Thaiger.

Lelaki itu dilaporkan bertindak ganas selepas dia dinasihati oleh isterinya untuk berjimat dalam menggunakan air bagi menghadapi musim kemarau.

Pegawai polis dan penduduk tempatan kini dilaporkan sedang melakukan operasi memburu tertuduh yang melarikan diri ke dalam hutan susulan kejadian itu.

Pegawai polis dari Balai Polis Pai telah bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai pembunuhan itu pada Selasa lalu kira-kira 10.30 pagi.

Rumah kediaman pasangan itu terletak di Komuniti Moo Baan Santichon di daerah Pai, Mai Hong Sorn, sebuah kelompok masyarakat Thai yang berketurunan Cina Yunnan.

Tikam isteri hingga mati

Setibanya polis ke lokasi kejadian, mayat seorang wanita berusia 55 tahun telah ditemui berada di luar pintu depan rumahnya.

Pegawai melaporkan bahawa wanita itu telah ditikam beberapa kali di paha kanannya dan kehilangan banyak darah.

Pasangan itu bertekak sebelum kejadian

Hasil soal siasat jiran, polis mendapati pembunuh wanita itu adalah suaminya sendiri. Sebelum kejadian itu berlaku, pasangan tersebut dikatakan berbalah mengenai penggunaan air.

Mangsa telah meminta suaminya untuk berhenti menyiram tanaman kerana bimbang bekalan air tidak mencukupi bagi keperluan ketika musim kemarau yang akan datang.

Sejurus mendengar kata-kata mangsa, lelaki itu menjadi berang dan secara tiba-tiba telah menikam isterinya dengan menggunakan pisau.

Polis telah bertindak menggeledah rumah pasangan itu dan menemui dadah yang dipercayai dimiliki oleh lelaki itu.

Pegawai polis dan penduduk kemudiannya telah bekerjasama bagi mencari penjenayah yang melarikan diri. Pihak polis juga bimbang jika lelaki itu mungkin akan bertindak untuk membunuh diri bagi mengelak daripada dikenakan pendakwaan.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Bagaimanapun, polis percaya bahawa suspek akan ditahan dalam masa terdekat memandangkan dia tidak mempunyai wang dan tidak makan sejak Selasa lalu.

Terdahulu, laman berita Thailand pernah melaporkan bahawa penduduk Moo Bann Mae Sakuet telah menghadapi masalah kekurangan air ketika musim kemarau. Malah pihak berkuasa tempatan terpaksa menghantar lori air kawasan itu bagi membantu penduduk terjejas.

Sumber: The Thaiger

The post Hanya Kerana Disuruh Jimat Air, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Guna Pisau Hingga Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*