Kanak-Kanak ‘Jem’, Zakar Tersepit Zip Seluar

Zakar Tersepit Pada Zip Seluar

Kanak-Kanak Mengerang Kesakitan Apabila Zakar Tersepit Pada Zip Seluar

Seorang kanak-kanak terpaksa berdepan detik cemas lagi memilukan sambil mengerang kesakitan selepas zakarnya tersepit pada zip seluar dalam kejadian di Jawa Tengah, Indonesia kelmarin.

Ekoran itu dia terpaksa memerlukan bantuan pihak bomba bagi mengeluarkan semula zakarnya yang tersepit itu.

Kejadian tersebut dikongsikan di laman Instagram oleh @damkarmat_kotapekalongan sekitar dua hari yang lalu.

“Non Fire Rescue. Pemindahan kemaluan tersepit pada zip seluar,” maklumnya dalam perkongsian itu.

Difahamkan, segalanya bermula apabila Balai Bomba dan Penyelamat Kota Pekalongan menerima laporan tentang kanak-kanak yang masih bersekolah rendah di darjah lima itu.

Kanak-kanak tersebut ditemui menangis di belakang ambulans oleh sukarelawan Palang Merah Indonesia (PMI) Pekalongan yang sedang menjalankan perarakan Barongsai.

Menurut perkongsian itu juga kanak-kanak tersebut telah dihantar oleh sukarelawan yang sama ke Balai Bomba dan Penyelamat Mako Kota Pekalongan untuk meminta bantuan mengeluarkan alat sulit yang tersepit.

Dalam video yang dikongsikan dapat dilihat kanak-kanak tersebut mengerang kesakitan sambil memeluk seorang lelaki yang berada di sisinya.

Zakar Tersepit Pada Zip Seluar
Kredit: @damkarmat_kotapekalongan | Instagram

Baca juga: Lelaki Terpaksa Datang Balai Bomba, Minta Bantuan Tanggalkan Cincin Berdiameter 2.5cm Pada Alat Sulitnya

Terdahulu, insiden yang sama berlaku kepada seorang lelaki berumur 25 tahun apabila dia meminta bantuan dari Pejabat Bomba daerah Blitar, Jawa Timur, Indonesia untuk mengeluarkan cincin yang ditindik di bahagian bawah kemaluannya.

Lelaki dari Desa Kedungbunder, Kecamatan Sutojayan, daerah Blitar itu difahamkan telah datang ke Pejabat Bomba di Jalan Semeru, Kota Blitar dengan rasa malu.

Ketua Balai Bomba Kabupaten Blitar, Andi Putra Sagita berkata, lelaki itu meminta bantuan pihaknya selepas gagal menanggalkan cincin yang ditindik pada organ kelaminnya.

Difahamkan lelaki tersebut juga cuba menanggalkan cincin bertindik berdiameter kira-kira 2.5 sentimeter itu sebelum datang ke balai bomba namun gagal.

Kerana kedudukan cincin itu di bahagian kemaluan, lelaki itu dikatakan tidak meneruskan usahanya untuk memaksa menanggalkannya.

Lelaki itu kemudiannya meminta bantuan dengan mencari di enjin carian Google sebelum pergi ke Pejabat Bomba.

Baca juga: Remaja 15 Tahun Terpaksa Dibedah, Kabel USB Tersimpul & Tersangkut Dalam Zakar

Bukan hanya di Indonesia, seorang remaja lelaki di United Kingdom juga terpaksa menjalani pembedahan selepas kabel USB dilaporkan tersangkut di dalam zakarnya.

Menurut laporan kes perubatan, remaja 15 tahun itu menggunakan kord untuk mengukur zakarnya sebagai satu bentuk “eksperimen seksual” sebelum ia tersangkut.

Kabel itu bersimpul dan darah dikesan dalam air kencing mangsa, menyebabkan ibunya membawanya ke hospital.

Sumber: @damkarmat_kotapekalongan | Instagram

The post Kanak-Kanak ‘Jem’, Zakar Tersepit Zip Seluar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*