Spotify Kenalkan Fitur Baharu, Ala-Ala FYP TikTok

spotify fitur fyp tiktok

Spotify Kenalkan Fitur Baharu, Ala-Ala FYP TikTok

Fitur kandungan video menegak secara rawak yang mula diperkenalkan aplikasi TikTok telah diimplementasikan dalam pelbagai aplikasi media sosial pada masa sekarang.

Aplikasi muzik atas talian, Spotify juga tidak ketinggalan untuk memiliki fitur seperti For Your Page (FYP) dalam aplikasi TikTok tidak lama lagi.

Selepas mengumumkan sesi ujian beta pada tahun lepas, Spotify akan mula mengemukakan rekaan baharu dengan lebih visual dan dinamik bagi seksyen ‘Home’, khusus buat aplikasi mudah alih.

Syarikat berkenaan mengatakan kandungan visual ini adalah bagi membantu peminat untuk mengenali dan membina pertalian lebih bermakna bersama artis kegemarannya.

Seksyen-seksyen seperti Music, Podcasts dan Audiobook akan memberikan kebolehan untuk mendengar sedutan kandungan audio secara ringkas.

Jika pengguna ingin mendengar lagu tersebut secara keseluruhan, terdapat pilihan untuk menyimpan, berkongsi dan melihat senarai pemain atau album berkaitan lagu berkenaan.

Bagi podcast dan buku audio pula, terdapat pilihan untuk membaca transkripsi episod dan menonton video podcast terbabit.

Selain ‘Home’, kandungan visual ini turut berada pada antara muka Carian (Search), yang mana anda boleh menatal klip-klip video mengikut genre yang dipilih.

Tambahan, Spotify turut meletakkan kandungan visual dalam senarai pemain yang dijana menerusi genre lagu yang sering didengari pengguna.

Antaranya seperti, Discover Weekly, Release Radar, New Music Friday dan Rap Caviar.

Syarikat berkenaan melihat ini sebagai satu cara untuk mendedahkan lagu baharu kepada pengguna dengan lebih mudah.

Beberapa fitur lain turut diperkenalkan

Spotify turut menamakan semula fitur Enhance yang diperkenalkan pada 2021 kepada nama baharunya, Smart Shuffle.

Fitur ini bukan sahaja menambah beberapa cadangan lagu dalam senarai, ia turut menyusun lagu berkenaan mengikut urutan atau mood.

Untuk mendapatkan fitur ini, ppengguna boleh mengaktifkannya melalui cara ‘tap‘ sebanyak dua kali pada ikon Shuffle.

Akhir sekali, syarikat berkenaan menambah fitur ‘auto play’ bagi pengguna yang mendengar podcast menerusi aplikasi berkenaan.

Sama seperti muzik, Spotify akan membolehkan aplikasinya untuk memainkan ‘episod yang berkitan’ berdasarkan kandungan podcast yang didengari.

Dalam pada itu, pihak Spotify memakluman beberapa fitur boleh didapati pada hari ini,. Manakala beberapa lagi akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang.

BACA: Spotify Dilapor Buang Enam Peratus Tenaga Kerja

Sumber: Engadget

The post Spotify Kenalkan Fitur Baharu, Ala-Ala FYP TikTok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*