Hanya Tahu Main “Game” FIFA, Kelab Republik Czech Nekad “Sign” Pemuda Tak Pernah Main Bola

Kelab republik Czech sign

Hanya Tahu Main “Game” FIFA, Kelab Republik Czech Nekad “Sign” Pemuda Tak Pernah Main Bola

Sebuah kelab bola sepak di Republik Czech membenarkan pemain berusia 22 tahun bermain mewakili kelab selepas bapanya dilaporkan membayar wang berjumlah 20,000 euro (RM99,000) kepada kelab tersebut, lapor Sport Bible.

FK Usti nad Labem merupakan kelab yang bermain dalam divisyen tiga di Republik Czech.

Kelab tersebut kini menghuni tangga keenam dalam liga dengan mengumpul sebanyak 10 mata selepas enam perlawanan pertama mereka.

Dalam laporan yang terbaru, kelab tersebut difahamkan telah melakukan sesuatu yang sangat luar biasa apabila menandatangani pemain baharu yang tidak langsung mempunyai pengalaman untuk bermain mewakili kelab.

Martin Podhajsky dilaporkan merupakan pemain baru yang diambil dan tidak pernah bermain bola sepak.

Beliau juga difahamkan seorang pelajar jurusan undang-undang dan dikatakan bekerja untuk syarikat Viagem, sebuah syarikat hartanah milik presiden Pemysl Kuban.

Menurut laporan, pengalaman Martin dalam sukan bola sepak hanya terhad dalam permainan video FIFA semata.

Tetapi kini, beliau telah didaftarkan sebagai pemain bola dalam Persatuan Bola Sepak Republik Czech.

Pelan kelab tersebut adalah untuk membiarkan dia bermain selama sepuluh minit serta berlatih bersama pasukan sebelum membuat penampilan sulungnya.

Martin dijangka akan menggantikan kapten pasukan, Jakub Mares dan bermain selama sepuluh minit sebagai penyerang berdasarkan kontrak yang akan disalurkan terus untuk penajaan.

Kredit Usti nad Labem

“Dia tidak pernah bermain bola sepak,” akui presiden Kuban.

“Hanya FIFA dari apa yang saya tahu. Namun peluang untuk dapat durian runtuh ini bukannya selalu. Jika seseorang memberi saya wang seperti ini, saya akan benarkan sesiapa sahaja bermain.

“Dia berkata sendiri bahawa dia ingin bermain, kemudian ayahnya menelefon dan ia dipersetujui. Martin ialah pelajar undang-undang dan pekerja Viagem.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Kami sedang adjust kontrak dengan Martin dan peminat akan melihatnya pada perlawanan pertama kami di tempat sendiri. Setakat ini, dia hanya panaskan bangku simpanan dahulu,” tambah presiden Kuban.

Apa yang menarik, keputusan itu seakan direstui penyokong kelab dan ramai di antaranya menyokong keputusan tersebut.

Tinjauan dari iDNES.cz menunjukkan bahawa 63% penyokong kelab menyatakan tidak mempunyai masalah dengannya dan percaya ia adalah situasi menang-menang.

Sumber: Sport Bible

The post Hanya Tahu Main “Game” FIFA, Kelab Republik Czech Nekad “Sign” Pemuda Tak Pernah Main Bola appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*