Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit produk petroleum RON95, RON97 dan diesel kekal masing-masing pada kadar RM2.05, RM3.35 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Januari 2023.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel.

“Pengekalan ini dibuat sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi harga siling yang telah ditetapkan.

“Namun harga runcit petrol RON97 dikekalkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE.

The post Harga RON95, RON97 dan diesel kekal appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*