Hati-hati, 5 Makanan Manusia Yang Bahaya Dimakan Kucing, Termasuk Juadah Raya Ini

Ramai yang memelihara kucing untuk dijadikan peneman setia selain penghibur bagi melepaskan tekanan. Malah, kecomelannya membuatkan ada pemilik menyayangi haiwan itu umpama ahli keluarga sendiri.

Walau bagaimanapun, masih ada yang kurang peka terhadap pemakanan yang diberikan kepada haiwan peliharaan itu dengan memberinya makanan selain daripada makanan kucing. Apa sahaja lebihan makanan pemilik akan diberikan kepada si bulus tanpa mengetahui risikonya.

Jangan tak tahu sebenarnya ada makanan manusia yang kucing tak boleh ambil dan makan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada bulus comel itu. Antara makanan yang perlu dijauhkan daripada kucing ialah produk makanan tenusu, bawang, daging mentah, kafein dan sebagainya. Ada juga yang mencuba untuk memberikan juadah raya seperti kuih raya, buah-buahan, coklat dan kismis.

Bahan-bahan di atas adalah bahan terlarang kerana ia merupakan makanan toksik yang menyebabkan cirit-birit, muntah, masalah pernafasan dan penurunan tekanan darah terhadap haiwan berkenaan.

Ubah kepada Delizios untuk kesihatan kucing

Disebabkan itu, pemilik digalakan untuk memberi makanan yang dikhaskan kepada kucing seperti Delizios produk daripada ProDiet, confirm kucing korang akan suka. Sekarang Delizios ada mengeluarkan rangkaian makanan kucing premium kering baharu di kedai dan juga ProDiet Official Store Shopee.

Delizios menggunakan daging sebagai bahan pertama dengan 80 peratus protein daging yang dirumus oleh doktor haiwan dan protein hidrolisis yang mengandungi molekul yang lebih rendah, mudah diserap sambil mengurangkan alahan makanan haiwan bulus. Rangkaian makanan kucing kering premium baharu itu termasuk Delizios Indoor Weight Management 1 kilogram (kg), Delizios Sensitive Skin and Coat Care 1kg, Delizios Care Hairball Control 1kg.

Kandungan bahan produk Delizios baharu

Bagi produk Delizios Indoor Weight Management 1kg, ia mengandungi rendah lemak untuk pengurusan berat sambil menggalakkan komposisi badan yang sihat. Produk itu juga ditambah L-Carnitine untuk metabolisme lipid. Ia adalah untuk membangunkan jisim otot tanpa lemak.

Delizios Sensitive Skin and Coat Care 1kg memfokuskan kepada penjanaan semula kulit dengan menggunakan aloe vera selain kaya dengan minyak tuna untuk bulu yang berkilat dan sihat.

Produk terakhir ialah Delizios Care Hairball 1kg yang mempunyai serat tinggi daripada selulosa dan ubit bit yang membantu mengeluarkan rambut yang tertelan oleh kucing. Ia juga menyokong sistem pencernaan dengan serat probiotik untuk usus yang sihat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di laman web Delizios.

Dapatkan promosi Raya ProDiet di kedai rasmi Shopee nikmati diskaun sehingga 50% selain dapatkan edisi terhad ProDiet Kibble Scoop secara percuma dan sampul raya ProDiet untuk semua tempahan (selagi stok masih ada). Nikmati diskaun dan potongan tersebut di laman rasmi Shopee!

Saksikan ProDiet secara live di Shopee pada 12 tengahari hingga 1 petang yang dihoskan oleh Fiza Frizzy pada 18 April ini. #KONGSIREZEKI Bersama ProDiet membolehkan orang ramai untuk membeli dan menderma produk ProDiet kepada PAWS dengan membuat pembelian sama ada ProDiet 1.5kg atau 8kg makanan kering.

Kemudian anda akan menerima kad TQ daripada ProDiet dan PAWS. Setelah itu, ProDiet akan mendermakan semua makanan kucing ProDiet yang didermakan pembeli kepada PAWS di akhir kempen nanti.

Tunggu apa lagi, dapatkan produk rangkaian makanan kucing kering baharu di Shopee dan jagan lepaskan peluang untuk rebut peluang diskaun mencecah sehingga 50% di sini.

The post Hati-hati, 5 Makanan Manusia Yang Bahaya Dimakan Kucing, Termasuk Juadah Raya Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*