“Lantik Peguam Ada Bayaran Tak?” Ini Jawab Peguam

lantik peguam bayaran

“Lantik Peguam Ada Bayaran Tak?” Ini Jawab Peguam

Setiap pekerjaan dalam dunia ini memainkan peranan penting dalam kehidupan, hal ini kerana tidak semua mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai contoh, sekiranya sakit akan bertemu dengan doktor, kereta rosak dihantar ke bengkel dan sebagainya.

Pakar dalam bidang tertentu diperlukan apabila keadaan memaksa dan bagi yang pertama kali menghadapi situasi sedemikian pastinya kurang pengetahuan mengenai perkara itu.

Oleh hal yang demikian, Peguam Tetuan Nas Rahman & Co, Nas Rahman (@nas.rahman) berkongsi kepada umum berkenaan dengan pelantikan peguam untuk mengendalikan kes-kes di negara ini.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Nas menerangkan perkara yang perlu diketahui oleh seseorang sekiranya mahu menggunakan khidmat peguam.

Persoalan itu mula timbul apabila ada seseorang individu yang mengajukan soalan kepadanya dengan mengatakan ‘Sekiranya perlu melantik peguam, adakah ia memerlukan bayaran?

BACA: Faraid: Ibu Meninggal Dunia, Meninggalkan Anak Lelaki & Ayah, Siapa Lebih Layak? Ini Jawab Peguam

Nas kemudian mengambil peluang dengan menjawab pertanyaan tersebut menerusi video pendek yang berdurasi satu minit 26 saat.

“Ya, kalau kita nak lantik peguam atau nak dapatkan khidmat peguam memang akan ada bayaran,” jawabnya tenang.

Ujarnya, bayaran kebiasaannya perlu dibuat sebelum peguam memulakan kerja mendalami kes yang diberikan.

“Contohnya kalau kita nak minta peguam drafkan surat ke, atau notis tuntutan atau saman, kita kena buat bayaran dulu.

“Macam bayaran buka fail kemudian baru peguam akan teruskan dengan kerja-kerja guaman,” jelasnya.

Bergantung kepada jenis peguam

Dalam masa yang sama, Nas turut menjelaskan bahawa terdapat sesetengah peguam akan mengenakan caj terhadap pertemuan perundingan.

Mengulas lanjut, Nas berkata ia bergantung kepada ketetapan yang ditetapkan oleh peguam tersebut kerana setiap peguam mempunyai yuran mereka tersendiri.

“Jangan terkejut ada juga peguam yang akan caj untuk sesi consultation sebab memberikan nasihat perundangan itu pun salah satu daripada kerja guaman.

“Ada peguam kalau mesyuarat (perjumpaan) mereka tidak caj kalau pelanggan dah sahkan baru dia teruskan dan caj. Dia bergantung kepada jenis peguam juga,” ujarnya.

Jelasnya, itu merupakan cara dan prosedur yang perlu diikut sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

Pembayaran pendahuluan itu membolehkan peguam menjalankan tugas dan mengambil alih tugasan dengan baik serta menolong pelanggan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kena jangka macam itulah, kalau siapa yang pertama kali tidak pernah berhadapan dengan situasi untuk memerlukan khidmat guaman macam itulah caranya,” tambah Nas.

@nas.rahman

Lantik peguam kena bayar ke? #peguam #caripeguam #lantikpeguam

♬ original sound – Nas Rahman – Nas Rahman

Sumber: @nas.rahman/TikTok

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post “Lantik Peguam Ada Bayaran Tak?” Ini Jawab Peguam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*