Treler Bawa Muatan Tujuh Kereta Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

treler bawa muatan kereta

Treler Bawa Muatan Tujuh Kereta Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

KULAI — Sebuah lori treler membawa muatan tujuh kereta dilaporkan terlibat dalam satu kebakaran di Kilometer (KM) 38.1 di Lebuhraya PLUS arah utara awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.52 pagi.

Berikutan itu, tiga buah jentera fire rescue tender (FRT), dua Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, BBP Skudai dan BBP Tebrau dengan kekuatan penuh seramai 25 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Gambar: JBPM Negeri Johor

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris.

Kata Fauzi, sewaktu tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati lori treler bermuatan tujuh buah kereta telahpun terbakar.

“Kereta yang terbakar jenis Honda sebanyak lima buah, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga.

“Kebakaran memusnahkan lebih kurang 70 peratus dari semua kenderaan. Pemadaman menggunakan empat aliran salur bantu mula sehingga selesai,” maklumnya.

Tambah komander operasi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi itu ditamatkan sepenuhnya kira-kira pada jam 6.55 pagi.

Treler Bawa Muatan Susu Formula Terbakar

Imbas kembali, sebuah treler membawa muatan susu formula hangus dalam satu kebakaran di  di Kilometer 428, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung pada lewat Oktober lalu, lapor Sinar Harian.

BACA JUGA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 2.48 petang.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa serta Rawang dikejarkan di lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati sebuah lori jenis Volvo terbakar 90 peratus, namun tidak melibatkan mangsa,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor

The post Treler Bawa Muatan Tujuh Kereta Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*