“Hero” Pengesan Empat Beradik Sesat Di Hutan Amazon Masih Belum Ditemui

hero hutan amazon

“Hero” Pengesan Empat Beradik Sesat Di Hutan Amazon Masih Belum Ditemui

Anjing penyelamat berusia enam tahun bernama Wilson yang dilaporkan hilang selepas operasi menyelamat empat kanak-kanak Orang Asli di hutan Amazon masih belum dijumpai.

Memetik NDTV, berpuluh-puluh askar telah dikerahkan di hutan tersebut bagi mencari ‘wira’ itu yang hilang selepas bertugas dua minggu lalu.

Pasukan tentera juga berjanji bahawa tidak akan ‘meninggalkan rakan seperjuangan mereka itu’ yang telah berjaya menemui kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat berakhir dengan berita gembira selepas berjaya menjumpai Lesly (13), Soleiny (9), Tien Noriel (5) dan Cristin (setahun). Penemuan itu berjaya dilakukan selepas 40 hari operasi mencari dijalankan.

Warga Colombia merayu teruskan misi mencari Wilson

Warga Colombia difahamkan merayu di media sosial agar operasi pencarian Wilson diteruskan.

Selain itu, warga Colombia juga telah melakukan kempen dengan meletakkan poster di tingkap rumah mereka yang menegaskan agar pihak berwajib dapat menyelamatkan Wilson.

“Pencarian belum berakhir,” tegas tentera dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas kanak-kanak itu ditemui Jumaat lalu.

Mereka juga berkata bahawa lebih 70 askar telah dikerahkan di dalam hutan tebal itu untuk mencari anjing daripada baka Belgian Shepherd.

Askar itu termasuk pengendali Wilson iaitu Cristian David Lara yang telah melatih Wilson sejak dia masih kecil.

Lara berkata bahawa dia tidak akan pulang sehingga dapat menemui semula anjing tersebut.

“Kami akan terus mencari Wilson, kami akan membawanya pulang,” kata Jeneral, Pedro Sanchez yang mengetuai pencarian kanak-kanak itu pada sebelum ini.

Terdahulu, Wilson adalah yang pertama menemui botol susu milik Cristin dalam tumbuhan tebal kira-kira empat kilometer dari bangkai pesawat.

Ia ditemui beberapa hari selepas nahas pesawat kecil itu pada 1 Mei lalu yang telah meragut nyawa tiga orang dewasa termasuk ibu empat beradik itu.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Tentera Colombia telah melatih lebih 17,000 ekor anjing selama berdekad-dekad semasa konflik dalam pengkhususan termasuk mengesan bahan letupan. Ia juga termasuk dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Menurut Sanchez, Wilson tidak dilengkapi dengan penjejak GPS kerana mahu mengelak daripada dikesan oleh musuh semasa operasinya. Disebabkan ketiadaan GPS itu telah menyebabkan operasi mengalami kesukaran.

Sumber: NDTV

The post “Hero” Pengesan Empat Beradik Sesat Di Hutan Amazon Masih Belum Ditemui appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*