Hotspot Sampah Haram Paling Terkenal, YB Edry Ingatkan Pengguna, “MP Kajang Dah Pasang CCTV”

yb edry buang sampah haram

Hotspot Sampah Haram Paling Terkenal, YB Edry Ingatkan Pengguna, “MP Kajang Dah Pasang CCTV”

Ahli Dewan Negeri Selangor Dusun Tua (Hulu Langat), YB Edry Faizal Bin Eddy Yusof kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengguna yang membuang sampah di tepi jalan.

Dalam satu ciapan di Twitter (@edryfaizal) pada 6 Julai lalu, beliau meluahkan rasa kecewa itu dengan berkongsi satu  rakaman CCTV.

Menerusi rakaman berkenaan, jelas dapat dilihat tindakan beberapa penunggang motosikal yang tanpa segan silu membuang sampah masing-masing di tempat yang tidak sepatutnya.

Selain itu, penunggang motosikal berkenaan juga didapati melawan arus trafik ketika membuat sampah di kawasan terbabit.

Difahamkan, tempat tersebut bukanlah tempat pembuangan sampah yang sah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tindakan tersebut juga menyebabkan beberapa pengguna jalan lain mengalami kesukaran, seperti terpaksa mengelak penunggang-penunggang berkenaan yang berhenti pada bahu jalan.

Sudah semestinya, perkara ini dapat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya ketika melalui laluan tersebut.

“Kalau kita tengok tu, kita akan nampak dia bukan sahaja bauang sampah secara haram di tepi jalan, malah membahayakan pengguna jalan raya,” ujarnya

Sebelum ini, YB Edry juga pernah ‘meletup’  berkenaan isu yang lebih kurang sama iaitu, buang sampah di tempat yang haram.

Pada 31 Mei lepas, beliau meluahkan rasa berang apabila bertembung dengan perbuatan ‘mungkar’ di dalam hutan ketika jungle trekking.

Beliau dilihat membangkitkan isu tentang sifat segelintir manusia yang tidak mampu menjaga kebersihan kawasan di mana mereka berada.

Perkara tersebut dapat dibuktikan dengan penemuan sampah di merata-rata tempat, termasuk di kawasan hutan dimana beliar berada.

Apa yang mengejutkan, sampah berkenaan ditemui di tempat yang tidak dihuni oleh manusia secara tetap seperti di kawasan perkampungan atau bandar.

Edry turut menunjukkan sebungkus plastik sampah yang ditemuinya pada di atas tanah ketika dirinya sedang melakukan aktiviti rekreasi di sana.

Beliau semepat memberikan persoalan kepada para penonton video berkenaan siapa atau pihak yang mana yang perlu bertanggungjawab untuk mengutip sampah ini.

Oleh sebab itu, ahli Dewan Undangan Negeri Selangor itu cukup berang akan perbuatan mungkar ini dan menyifatkannya satu perkara yang menyusahkan orang lain.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: @edryfaizal via Twitter

The post Hotspot Sampah Haram Paling Terkenal, YB Edry Ingatkan Pengguna, “MP Kajang Dah Pasang CCTV” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*