Hujan Batu Dipercayai Landa Beberapa Kawasan Di Selangor

Hujan Batu Di Selangor

Hujan Batu Dipercayai Landa Beberapa Kawasan Di Selangor

Fenomena hujan batu dipercayai berlaku di beberapa kawasan di sekitar Selangor termasuk Putra Height dan Puchong sebentar tadi.

Kejadian itu sempat dirakam oleh beberapa orang awam dan tular di platform media sosial. Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang.

Perkongsian Orang Awam

Menerusi beberapa rakaman dan imej yang berjaya diambil memaparkan hujan lebat berserta hujan batu berlaku di kawasan tersebut.

Rata-rata klip dirakam di kediaman masing-masing. Turut kelihatan batu-batu daripada hujan tersebut bertaburan di kawasan halaman rumah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada 4.50 petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan.

Dalam amaran yang dikeluarkan itu, sebanyak enam negeri di semenanjung  yang dijangka berlaku cuaca buruk itu.

Antaranya Negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Johor. Di Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seluruh kawasan itu diramal berdepan cuaca buruk.

“Bagi Negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang. Manakala Perak pula di Kerian dan Larut, Matang dan Selama.

“Bagi kawasan di Negeri Selangor, daerah yang terlibat termasuklah Klang dan Petaling,” lapor MET Malaysia.

Tambah MET Malaysia, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian, Johor.

BACA JUGA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Sumber: Orang Awam di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia

The post Hujan Batu Dipercayai Landa Beberapa Kawasan Di Selangor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*