Trending Sampai Ke Indonesia, Nenek Bongkok Tiga Semakin Mendebarkan, Siapa Bakal Terkorban Atau Dikorbankan?

Cucu-cucu tak dapat lari,

Nenek tua, banyak sakti, 

Sekarang nenek nak cari ganti, 

Siapa kena dia yang jadi.

Permainan mencari pengganti diteruskan. Lapan (8) budak muda nekad mencari jalan pulang setelah sesat ke sebuah dimensi lain melalui gerbang di hutan buluh Bukit Luruh.

Tirai episode 1 dibuka dengan suasana penuh misteri. Dari ‘sosok’ wanita berkebaya, ‘tempat setan’ dan cerita mangsa kes kehilangan Bukit Luruh iaitu Samira lakonan Sofea Jane yang berjaya ditemui kembali selepas 60 tahun hilang. Kononnya disembunyikan di alam bunian?

Semakin lama, Nenek (Sherie Merlis) sebagai penjaga rumah di hutan Bukit Luruh semakin menunjukkan ‘belang’. Nama ‘Tuan Tanah’ pun disebut-disebut. Apakah benar makhluk itu pemakan mangsa atau penjaga mereka? 

Hari berganti hari, pelbagai seksaan dilalui mereka untuk membebaskan diri termasuk berdepan dengan kabus tebal dan angin kencang. Bukan seperti kabus biasa, kabus itu ‘kabus beracun’ yang mampu mengaburi pandangan dan menyesatkan. Setiap permainan yang mereka harus selesaikan membongkar sisi-sisi gelap masing-masing, di mana ada diantara mereka terpaksa mengkhianati satu sama lain.

Seorang demi seorang daripada mereka terkorban selama menelurusi dimensi itu. Namun, tuah menyebelahi salah seorang daripada mereka. Salah seorang diantara mereka  dilepaskan dan ditemui oleh pasukan pencarian selepas gagal diterima sebagai pengganti nenek dan hampir menjadi santapan Tuan Tanah.


Kehadiran makhluk bertopeng membuatkan amarah Nenek semakin membara. Nenek mulakan rancangannya mencari dalang disebalik misteri itu.

Perjalanan mereka hampir tiba di penghujungnya.  Sedikit demi sedikit misteri ini mula terungkai.  

Jangan terlepas untuk menyaksikan 2 episod akhir Nenek Bongkok Tiga pada hari Khamis, 30 March ini 

Persoalannya, dapatkah mereka kembali dengan selamat atau menjadi mangsa korban?

Siri ini mencapai hampir 9/10 di IMDb, membuktikan drama arahan Yusry Abdul Halim ini bukan biasa-biasa. Drama Viu Original tak pernah mengecewakan! Tonton disini

 

 

 

 

 

The post Trending Sampai Ke Indonesia, Nenek Bongkok Tiga Semakin Mendebarkan, Siapa Bakal Terkorban Atau Dikorbankan? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*