Khasiat Untuk Berjalan Kaki, Boleh Mengurangkan Risiko Kematian

Khasiat Untuk Berjalan Kaki, Boleh Mengurangkan Risiko Kematian

Berjalan sekurang-kurangnya 4,000 langkah sehari dipercayai dapat mengurangkan risiko kematian awal dengan ketara.

Manakala, mengambil 2,337 langkah sehari akan mengurangkan risiko kematian anda yang khususnya daripada penyakit kardiovaskular.

Tetapi, menurut meta-analisis kajian baru, “lebih banyak adalah lebih baik”.

“Lebih banyak langkah anda berjalan, lebih baik kesannya pada kesihatan anda, dan setiap peningkatan langkah sebanyak 500-1000 langkah sehari mungkin boleh dikaitkan dengan pengurangan kematian yang ketara,” pengarang pertama Dr. Maciej Banach, timbalan ketua pengarang Persatuan Kardiologi Eropah, berkata dalam e-mel.

Apa-apa yang kurang daripada 5,000 langkah sehari dianggap sebagai “gaya hidup sedenteri” menurut kajian itu.

“Kami menunjukkan bahawa setiap peningkatan langkah sebanyak 1,000 langkah sehari dikaitkan dengan 15 peratus pengurangan risiko kematian atas sebarang sebab.

“Dan setiap peningkatan langkah sebanyak 500 langkah sehari dikaitkan dengan 7 peratus pengurangan kematian berpunca daripada penyakit kardiovaskular,” tambah Banach yang juga profesor tambahan kardiologi di Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland.

Hakikat bahawa ia mengambil langkah yang sedikit untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular tidak menghairankan, kata Dr David Katz, pakar dalam perubatan pencegahan dan gaya hidup yang tidak terlibat dalam kajian itu.

“Bersenam secara langsung menyelaraskan sistem kardiovaskular, manakala manfaat kepada sistem atau keadaan lain agak tidak langsung,” kata Katz, presiden dan pengasas bukan untung Inisiatif Kesihatan Sejati, sebuah gabungan pakar global yang berdedikasi untuk perubatan gaya hidup berasaskan bukti.

Kaedah kajian ini adalah “teguh dan canggih,” dan menyokong apa yang sering diberitahu oleh doktor kepada pesakit mereka, kata Katz.

“Pertama, sebarang senaman adalah lebih baik daripada tidak bersenam, dengan manfaat kardiovaskular dan kesihatan keseluruhan yang ketara pada tahap yang agak sederhana,” tambahnya.

“Dan untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan orang ramai secara umum. Lebih banyak, lebih baik!”

Analisis Kajian Sedia Ada

Kajian yang dikeluarkan pada hari Selasa dalam Jurnal Kardiologi Pencegahan Eropah, menganalisis data kira-kira 227,000 orang daripada 17 kajian dilakukan di Australia, Jepun, Norway, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Untuk kefahaman kami ini merupakan analisis terbesar yang dilakukan setakat ini,” kata Banach.

Analisis itu dapat memeriksa “untuk pertama kalinya” sama ada mengambil 20,000 langkah sehari boleh dikaitkan dengan faedah kesihatan, tambahnya.

Semua kajian yang dilakukan adalah secara pemerhatian dan ia hanya mampu menunjukkan kaitan antara bilangan langkah sehari dan kesihatan, bukannya sebab dan akibat.

Walaupun kira-kira 4,000 langkah sehari dikaitkan dengan pengurangan “ketara” dalam risiko kematian, kesan terbesar terhadap risiko itu adalah apabila seseorang berjalan lebih daripada 7,000 langkah sehari.

Dan kajian itu menjumpai bahawa kira-kira 20,000 langkah sehari memberi faedah yang lebih banyak.

“Bagaimanapun, saya patut tekankan bahawa terdapat data terhad yang tersedia ada pada kiraan langkah sehingga 20,000 sehari.

“Jadi keputusan ini perlu disahkan dalam kumpulan yang lebih besar,” kata pengarang kajian kanan Dr Ibadete Bytyçi, pakar kardiologi pencegahan di Universiti Pusat Klinikal Kosovo, di Pristina, Kosovo, dalam satu kenyataan.

Menurut kajian itu, faedah kesihatan adalah sama di setiap negara untuk kedua-dua lelaki dan wanita.

Manakala kedua-dua perserta yang lebih tua, dalam lingkungan umur lebih 60 tahun, dan yang lebih muda, mendapati “saiz pengurangan risiko kematian adalah lebih kecil (pada orang yang lebih tua) daripada yang dilihat pada orang di bawah 60 tahun,” kata Banach.

Mulakan Dari Awal dan Teruskan

Orang dewasa berumur 60 tahun ke atas yang berjalan sekitar 6,000 dan 10,000 langkah sehari mmepunyai 42 peratus pengurangan risiko kematian awal.

Manakala yang berumur 60 tahun ke bawah, yang berjalan antara 7,000 dan 13,000 langkah sehari dapat mengurangkan risiko sebanyak 49 peratus, katanya.

Ketidaksamaan itu dijelaskan dengan formula, “lebih awal, lebih bagus”, kata Banach.

Melakukan apa-apa campur tangan kesihatan dari awal, sama ada melakukan aktiviti fizikal pada peringkat yang disarankan, diet yang sihat, atau perubahan gaya hidup positif, akan memberi impak atas kolestrol, tekanan darah, puasa glukosa darah dan penyebab penyakit yang lain, tambahnya.

“Jika anda akan kekal dan konsisten dengan aktiviti fizikal, kami memanggilnya mematuhi aktiviti fizikal, anda boleh mengharapkan manfaat kesihatan yang ketara dan hidup lebih lama,” kata Banach.

Bagaimana pula sekiranya anda tidak mampu melakukan bilangan langkah yang berfaedah seperti yang telah dikaji?

Jangan risau tentang itu, kata Dr. Andrew Freeman, pengarah pencegahan dan kesejahteraan kardiovaskular di Kesihatan Yahudi Kebangsaan di Denver, Colorado.

“Saya fikir kajian itu cuma mahu menunjukkan bersenam itu bagus, tidak duduk diam adalah baik, dan lebih banyak senaman anda lakukan, lebih bagus,” kata Freeman yang tidak terlibat dengan kajian itu.

Freeman berkata, “Tidak mungkin ada keajaiban dalam badan anda di mana ada pemasa kecil muncul dan berkata “Itu bagus. Anda boleh teruskan,” jika anda melintasi 5,000, 10,000 dan 20,000 langkah sehari.”

“Apa yang saya katakan kepada seseorang yang baru saja bermula dan mereka tidak dapat langkah yang banyak ialah, ‘Jangan putus asa. Setiap senaman anda dikira. Teruskan lakukan apa yang anda sedang lakukan sekarang sehingga anda tidak cukup nafas dalam masa 30 minit’.”

Sumber: CNN

BACA JUGA: False Start Jejaskan Aksi Terakhir Dekwan Di APG

 

The post Khasiat Untuk Berjalan Kaki, Boleh Mengurangkan Risiko Kematian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*