Wanita Terkesima, Kena Caj RM765 Sebab Bela Ikan Emas

caj sewa ikan emas

Wanita Terkesima, Kena Caj RM765 Sebab Bela Ikan Emas

Seorang wanita Amerika Syarikat nyata terkejut apabila dia dikenakan caj untuk memelihara ikan perhiasan oleh tuan rumahnya, lapor The Mirror.

Menurut perkongsian yang dibuat Nic di TikTok, dia dikenakan caj ratusan ringgit oleh tuan rumah berkenaan. Netizen nyata terkesima apabila mendapat tahu Nic hanya memelihara seekor ikan emas sahaja.

”Sekarang mereka sudah mengenakan caj haiwan peliharaan ke atas ikan emas juga ke?”, tanya Nic menerusi video berkenaan.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naiknya, penyewa yang mahu memelihara ikan akan dikenakan caj sebanyak RM 765 sepanjang hayat. Bagaimanapun, tiada baka ikan agresif yang dibenarkan.

Caj bela ikan emas RM 765, bela haiwan lain RM 55

Manakala bagi sewa bulanan pula, penyewa akan dikenakan caj RM 55 sebulan. Paparan tangkap layar yang dikongsikan Nic dipercayai merupakan sebahagian daripada penjanjian sewa rumah.

Video tersebut telah ditonton sebanyak 60,000 kali, dan ramai warganet telah mengekspresikan rasa terkejut mereka menerusi ruangan komen.

@nicr__

They’re now charging pet rent for fishes? #speachless #landlords #petrent #goldfish #greenscreen #capitalism

♬ original sound – Nic

Reaksi warganet terhadap caj ke atas ikan emas tersebut

Ramai yang menyelar tindakan tuan rumah yang disifatkan sangat tamak dan mengenakan caj yang tidak masuk akal.

“Awak kena bayar sewa untuk seekor ikan? Gilalah.”

“‘Saya tak rasa awak perlu untuk meminta izin, kalau setakat nak bela ikan je.”

Dalam beberapa komen yang lucu, ramai yang mempersoalkan mengenai kenyataan ‘tiada baka yang agresif dibenarkan’.

“Baka-baka agresif? Macam apa, piranha?,” tanya seorang individu yang turut disertai emoji gelak sambil menitiskan air mata.

“Oh… jadi saya bersama ikan jerung peliharaan saya perlu merempatlah lepas ni? Oh Tuhan, selamatkan saya,” kata seorang lagi netizen secara berseloroh.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen cuba menjelaskan logik berkenaan caj yang diwujudkan oleh tuan rumah atau syarikat yang menyediakan rumah sewa itu.

Kata mereka, ia mungkin kerana ada akuarium penyewa sebelum ini rosak atau pecah hingga menyebabkan kerosakan berlaku pada rumah.

“Seseorang (mungkin) telah terpecahkan akuariumnya yang sangat besar dan menyebabkan banyak kerosakan dan melibatkan orang lain juga.”

“Tuan rumah saya pernah bercerita berkenaan akuariumnya yang pecah ketika dia pergi bercuti dan asaiznya sangat besar… jadi caj ini bunyinya agak masuk akal juga,” kata mereka.

BACA: ‘Panda Walker’ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah

Sumber: Mirror

The post Wanita Terkesima, Kena Caj RM765 Sebab Bela Ikan Emas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*