Hujan Lebat Landa Pakistan, 25 Orang Dilapor Terkorban

hujan lebat pakistan

Hujan Lebat Landa Pakistan, 25 Orang Dilapor Terkorban

Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban dan 145 lagi cedera selepas hujan lebat melanda wilayah barat laut Pakistan semalam.

Memetik laporan India Tv News, hujan lebat berserta hujan batu yang melanda daerah Bannu, Lakki, Marwat dan Karak di Wilayah Khyber Pakhtunkhawa tersebut telah menyebabkan beberapa buah rumah runtuh.

Malah, ia juga menyebabkan pokok dan menara pemancar elektrik tumbang.

Pegawai penyelamat kanan, Khateer Ahmed berkata bahawa usaha sedang dijalankan untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang cedera.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu. Beliau turut meminta pihak berkuasa untuk mempercepatkan operasi bantuan.

Dalam masa yang sama, dia juga mengarahkan pegawai agar melaksanakan langkah kecemasan lebih awal untuk menghadapi ribut siklon Biparjoy yang lebih teruk.

BACA: Tengah Cari “Design” Rumah Idaman? Ini Aspek Yang Perlu Diambil Berat

Kerajaan dalam draf belanjawan negara yang dibentang pada Jumaat telah memperuntukkan USD 1.3 bilion untuk daya tahan iklim bagi mengurangkan kesan bencana alam.

Di samping itu, agensi pengurusan bencana Pakistan telah mengeluarkan amaran bahawa siklon dengan kelajuan angin 150 kilometer sejam sedang dalam laluan ke arah selatan negara itu.

Imbas kembali, hujan monsun dan banjir yang melanda negara itu pada tahun lalu telah mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta orang.

Malah ia juga menyebabakan hampir lapan juta orang berpindah.

Dalam pada itu, ombak tinggi dapat dilihat di Pantai Tithal Valsad, India menjelang ‘kedatangan’ taufan Biparjoy.

Pantai tersebut difahamkan telah ditutup kepada pelancong  sehingga 14 Jun sebagai langkah berjaga-jaga.

Penduduk di kampung Dariya Kanthan pula akan dipindahkan jika perlu dan tempat perlindungan telah disediakan untuk mereka.

Jabatan Meteorologi India memaklumkan bahawa ribut siklon Biparjoy dijangka akan bertambah kuat dalam tempoh 24 jam akan datang dan bergerak ke utara-timur laut

Bencana itu bermula di timur-tengah Laut Arab yang terletak 840 kilometer dari barat daya Goa dan 870 km dari barat daya Mumbai.

BACA JUGA: Tahu “Survival Skill” Di Hutan, Empat Beradik Makan Akar & Tumbuhan Untuk Teruskan Hidup

Sumber: India Tv News

The post Hujan Lebat Landa Pakistan, 25 Orang Dilapor Terkorban appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*