Manchester City Kini Sebaris Dengan Kelab Elit – Pep

Manchester City kelab elit Pep

Manchester City Kini Sebaris Dengan Kelab Elit – Pep

ISTANBUL — Selepas bergelar juara Liga Juara-Juara, Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menyifatkan pasukan itu setanding dengan kelab-kelab elit lain, lapor ESPN.

Tambahan lagi, Manchester City berjaya menjadi pasukan kedua yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara (treble).

Rekod tersebut menyamai prestasi Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada 1999.

“Manchester United bukan lagi satu-satunya kelab Inggeris yang memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada musim yang sama. Kejayaan mereka pada 1999 kini telah ditandingi oleh City,” katanya.

Tambah Pep, dia tidak akan menganggap dirinya sebagai lagenda kelab tersebut sehingga berjaya membawa pasukan itu menjuarai Liga Juara-Juara.

“Ia sudah tertulis pada bintang. Ia milik kami. Saya penat, tenang, puas hati, susah sangat nak menang,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Kapten Pasukan İlkay Gündoğan berkata pasukan bekerja keras untuk mendapatkan trofi tersebut.

Gambar: Franck Fife / AFP

“Ini adalah detik yang membanggakan untuk semua orang di kelab ini. Kami bekerja keras setiap hari dan kami ingin memenangi trofi ini sejak sekian lama.

“Liga Juara-Juara adalah pertandingan yang indah dan kami semua sangat gembira kerana menang. Pasukan ini berhak mendapat pengiktirafan tertinggi, dan memenangi Liga Juara-Juara serta menaikkan taraf kami ke puncak permainan.

“Untuk memenangi treble adalah sesuatu yang menakjubkan. Ia adalah pencapaian muktamad untuk mana-mana pasukan kelab, dan kami telah melakukannya. Ia mencerminkan kualiti yang ada dalam skuad kami.

“Kejayaan ini juga menunjukkan betapa berdedikasi kami,” katanya.

City Tundukkan Inter Milan Dipentas Akhir UCL

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Olympik Atatürk, Istanbul, Turkey, separuh masa pertama, perlawanan tampak seimbang.

Jantung City, Kevin De Bruyne pada minit ke-38 juga terpaksa dibawa keluar ekoran mengalami kecederaan dan digantikan dengan Phil Foden. Namun babak pertama berakhir dengan keputusan tanpa sebarang jaringan.

BACA JUGA: Man City Cipta Treble, Liverpool Berpeluang Tak Layak Ke UCL?

Setelah pertengahan babak kedua, pemain tengah, Rodri muncul wira The Citizen apabila menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke-68 selepas Bernardo Silva gagal menyudahkan hantaran Manuel Akanji.

Gol tunggal Rodri itu sudah cukup untuk membawa City menjulang trofi yang diidam-idamkan selama ini oleh pasukan itu.

Turut hadir menyaksikan perlawanan semalam, pemilik kelab berkenaan Sheikh Mansour yang jarang turun padang melihat pasukan tersebut.

Trofi tersebut juga merupakan gelaran ketiga buat jurulatih City, Pep Guardiola selepas menjulangnya bersama kelab dari Sepanyol, Barcelona.

Gambar: AFP

Pep Guardiola

Sejak tiba Etihad pada 2016, Pep berjaya menjuarai lima gelaran Liga Perdana. Bukan sahaja itu, dia juga berjaya melepasi 100 mata terkumpul (musim 2017/2018) dan menjadi pasukan pertama sejak liga itu diperkenalkan semula.

Pada 2021, Pep membawa City melayakkan diri ke pentas akhir Liga Juara-Juara namun dikecewakan oleh Chelsea selepas tewas 0-1 menerusi jaringan Kai Harvetz di Porto.

Sumber: ESPN

The post Manchester City Kini Sebaris Dengan Kelab Elit – Pep appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*