Twitter Dipercayai Buang Pekerja Lagi 

twitter buang pekerja

Twitter Dipercayai Buang Pekerja Lagi 

AMERIKA SYARIKAT — Syarikat Gergasi Media Sosial, Twitter sekali lagi menjadi bualan selepas dipercayai memberhentikan pekerjanya.

Memetik AFP,  pemilik syarikat itu, Elon Musk semakin bergelut dengan kontroversi selepas mendapat kritikan hebat. Perkara itu membuatkan pelbagai pengiklan menarik diri dari platform itu.

Spekulasi itu timbul selepas New York Times melaporkan bahawa Twitter telah memberhentikan sekurang-kurangnya 200 pekerjanya.

Pemberhentian itu termasuk pengurus produk, pakar data besar dan jurutera. Salah seorang pembangun produk rangkaian sosial, Esther Crawford berkata dia antara pekerja yang diberhentikan.

Tambahnya, dia antara beberapa eksekutif Twitter yang berkhidmat sebelum Musk mula mengambil alih syarikat media sosial berkenaan pada Oktober lalu.

Sementara itu, seorang pekerja kanan, Martijn de Kuijper dalam satu ciapan juga mendakwa dirinya tidak dapat lagi mengakses e-mel.

“Nampaknya saya seperti telah dibuang,” maklumnya.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan tidak mengesahkan perkara itu sewaktu dihubungi AFP.

Penyelidik dari Enderle Group, Rob Enderle mendakwa Twitter seperti platform untuk menyebarkan kebencian sejak Musk menjadi pemilik.

“Ia seperti Elon Musk sedang cuba menjauhkan Twitter daripada perniagaan. Terdapat banyak risiko untuk memburukkan jenama dan ia kurang menarik perhatian pelanggan,” katanya.

BACA JUGA: Suruh Balik & Jangan Datang Lagi, Twitter Mula Buang Kira-kira 3,750 Pekerja Mulai Hari Ini

Untuk makluman, platform itu telah dilanda pelbagai masalah sejak Elon Musk mengambil alih Twitter. Antaranya pemberhentian pekerja secara besar-besaran, membenarkan kembali akaun yang disekat sehingga pengiklan utama menarik diri.

Bukan itu sahaja, Twitter juga dikhabarkan berdepan dengan masalah teknikal dan ciapan Musk juga memenuhi feeds  pengguna walaupun tidak mengikutinya.

Tambahan lagi, Musk turut menggalakkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih bebas di Twitter. Selain itu dia mendakwa platform itu membuat tapisan paling sedikit mengikut undang-undang.

Menurut analisis oleh firma Pathmatics oleh Sensor Tower mendedahkan bahawa lebih separuh daripada 1,000 pengiklan Twitter pada September tidak lagi bersama platform itu sejak Januari.

Walaupun pemilik syarikat itu sedang mempromosikan semula langganan dengan cara baharu menerusi wang tunai. Bagaimanapun, inisiatif itu masih tidak menampakkan hasil.

Dalam pada itu, menurut data laman web industri The Information, sekitar 180,000 orang di Amerika Syarikat membayar Twitter pada pertengahan Januari. Jumlah tersebut adalah kurang 0.2 peratus pengguna aktif bulanan.

Sumber: AFP via Yahoo

The post Twitter Dipercayai Buang Pekerja Lagi  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*