“Redeem” Pakai IC & E-Tiket Hanya Boleh Diimbas Sekali, Ini Prosedur Tebus Tiket Konsert Coldplay

tiket konsert coldplay

“Redeem” Pakai IC & E-Tiket Hanya Boleh Diimbas Sekali, Ini Prosedur Tebus Tiket Konsert Coldplay

Konsert paling dinanti-nantikan, Konsert Coldplay: Music of the Spheres hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum dijadualkan berlangsung di Axiata Arena.

Oleh itu, platform pertiketan, Live Nation Malaysia hari ini menjelaskan prosedur untuk menebus tiket ke konsert tersebut pada 22 November nanti.

Difahamkan, prosedur yang dikongsikan merupakan prosedur yang dikemas kini dan memerlukan pemegang tiket untuk mengemukakan beberapa dokumen sebelum memasuki lokasi konsert.

Prosedur untuk pemegang Infinity Ticket

Menurut laman web rasmi Coldplay, Infinity Ticket akan dikeluarkan setiap kali Coldplay membuat pertunjukan di hadapan peminat.

Tiket tersebut akan dijual dengan harga yang sangat murah bagi memberi peluang kepada peminat untuk menghadiri petunjukan Music Of The Spheres.

Kebiasaannya, tiket tersebut akan bernilai kira-kira £20 / $20 / €20 sekeping dan mesti dibeli secara berpasangan. Pemegang tiket ini akan diletakkan di mana-mana dalam lokasi konsert  secara rawak.

Bagi pemegang Infinity Ticket, anda diminta untuk menebus e-tiket di Box Office. Semasa proses tersebut, pemegang tiket perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri bagi tujuan pengesahan.

“Peminat tanpa pengenalan yang sah tidak dapat menebus tiket mereka,” jelas Go Live Malaysia.

Prosedur berhubung e-tiket

Sebelum menghadiri konsert, pembeli tiket perlu mendapatkan e-tiket menerusi akaun GoLive ataupun e-mel yang digunakan untuk membeli tiket.

Peminat diminta untuk tangkap layar atau muat turun e-tiket yang memiliki kod QR tertera di atasnya pada telefon pintar anda untuk memastikan proses kemasukan berjalan dengan lancar.

Live Nation Malaysia juga mengingatkan sekali lagi bahawa tiada tiket fizikal yang dikeluarkan untuk konsert ini.

Pemegang tiket juga diingatkan untuk mengimbas kod QR sebanyak satu kali sahaja semasa memasuki lokasi konsert. Hal ini kerana, tiket akan menjadi tidak sah secara serta merta apabila kod QR tersebut pernah diimbas sebelum ini.

“Kecuaian pemegang tiket bukan tanggungjawab di bawah platform promosi dan pertiketan.”

Jika pemegang tiket mengalami sebarang masalah berkenaan tiket, anda boleh menfailkan laporan di Box Office atau Tiket Kaunter.

Pemegang tiket yang dibeli dari pihak ketiga

Dalam hantaran tersebut, Live Nation Malaysia turut menjelaskan prosedur bagi pemegang tiket yang tidak dapat menghadirkan diri ke konsert berkenaan dan diwakilkan dengan orang lain.

Wakil yang hadir ke tiket berkenaan perlu mengemukakan beberapa dokumen seperti salinan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, lesen memandu dan pasport yang memiliki nama yang sama tertera pada e-tiket.

Selain itu, wakil juga perlu mengemukakan dokumen sokongan menjelaskan sebab mengapa tiket tersebut diserahkan pada orang lain.

BACA: Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Sumber: Live Nation Malaysia via Instagram

 

The post “Redeem” Pakai IC & E-Tiket Hanya Boleh Diimbas Sekali, Ini Prosedur Tebus Tiket Konsert Coldplay appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*