IFAB Bincang Cadangan Pelaksanaan Kad Biru Dalam Perlawanan Bola Profesional

IFAB Bincang Cadangan Pelaksanaan Kad Biru Dalam Perlawanan Bola Profesional

Penggubal undang-undang bola sepak, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) mengadakan perbincangan berkaitan cadangan penggunaan kad biru dalam perlawanan bola sepak profesional.

Memetik The Guardian, cadangan tersebut akan diputuskan IFAB pada hari ini menjelang ujian merentasi pertandingan.

Cadangan pelaksanaan kad biru atau disebut juga sebagai sin-bins itu merupakan sebahagian daripada percubaan bersepadu oleh broker berkuasa dalam industri bola sepak dunia untuk meningkatkan ‘tingkah laku pemain’ dalam perlawanan.

Difahamkan, pemain yang dikenakan kad biru oleh pengadil perlu menghabiskan masa selama 10 minit di kawasan yang ditetapkan.

Dengan erti kata lain, jika pemain melakukan kesalahan dan layak dilayangkan kad biru, pemain tersebut tidak boleh bermain dalam perlawanan tersebut selama 10 minit.

Manakala, jika seorang pemain yang sudah menerima kad biru sebelum ini mendapatkan kad yang sama, dua kad tersebut secara automatik akan bertukar menjadi kad merah.

Dengan ini, pemain terbabit akan disingkirkan daripada perlawanan secara serta merta dan posisinya tidak dapat diganti pemain lain.

Selain itu, kombinasi kad biru dan kuning turut akan memberikan hasil yang sama, automatik bertukar menjadi kad merah.

Setakat ini, masih kurang jelas berkenaan bila waktu percubaan bagi pelaksanaan kad biru serta perlawanan yang bakal terlibat dalam pengujian ini.

Dalam pada itu, Liga Perdana Inggeris telah menolak untuk menjadi sebahagian daripada ujian rintis melibatkan undang-undang baharu ini, lapor BBC.

Manakala, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkata, penggunaan kad biru pada peringkat bola sepak elit masih ‘terlalu awal’.

“Segala pengujian jika undang-undang ini dilaksanakan perlu dihadkan terhadap perlawanan peringkat rendah dan dilakukan secara bertanggungjawab,” jelas FIFA.

Badan itu juga berhasrat untuk mengetengahkan perkara ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan IFAB yang diadakan di Loch Lomond di Scotland pada awal Mac nanti.

IFAB juga telah menyenaraikan pelbagai topik perbincangan dalam agenda mesyuarat, termasuklah berkenaan pelaksanaan kad biru dalam perlawanan akan datang.

Pelaksanaan kad biru sudah mula dilaksanakan dalam perlawanan bola sepak peringkat akar umbi

Untuk maklumat, perbincangan berkenaan kad biru telah mula berlangsung sekitar 2018-2019. Pelaksanaan undang-undang baru ini juga telah mula diperkenalkan dalam sukan bola sepak pada peringkat akar umbi sekitar 2019-2020.

Tindakan ini adalah satu percubaan untuk meningkatkan rasa hormat dalam kalangan pemain serta corak permainan yang adil.

Perubahan peraturan itu kemudiannya ingin diperluaskan terhadap perlawanan-perlawanan pada peringkat yang tinggi.

Namun begitu, tidak semua pihak dapat menerima pelaksanaannya dalam perlawanan, khususnya pada peraturan yang memerlukan pemain untuk berada di luar padang selama 10 minit.

BACA: Bila Akan Dapat Bayaran Pencen Jika Bersara Awal? Ini Jawapannya

Sumber: The Guardian, BBC

The post IFAB Bincang Cadangan Pelaksanaan Kad Biru Dalam Perlawanan Bola Profesional appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*