Zoo Cari ‘Pemberani’, Nak Isi Dua Kerja Kosong Jadi Penjaga Singa

zoo phuket kekosongan penjaga singa

Zoo Cari ‘Pemberani’, Nak Isi Dua Kerja Kosong Jadi Penjaga Singa

Zoo Phuket di Thailand baru-baru dilapor menawarkan kerja kosong yang sangat menarik iaitu menjadi penjaga singa, lapor The Thaiger.

Menurut The Thaiger lagi, zoo berkenaan memberi keutamaan bagi pemohon yang memiliki pengalaman dalam penjagaan singa ataupun harimau.

Selain berpengalaman menjaga singa dan harimau, mereka yang pernah menguruskan spesis kucing besar juga digalakkan memohon.

Hantaran jawatan kosong itu telah dimuatnaik dalam sebuah kumpulan Facebook, Phuket Work yang digunakan untuk menguar-uarkan jawatan kosong di kawasan Phuket.

Sebaran berkenaan jawatan kosong yang bersifat agak unik itu telah menarik perhatian warga maya dan mencetuskan pelbagai persoalan serta spekulasi.

Antara persoalan terbesar yang menjadi pertanyaan warga maya adalah apa yang telah terjadi pada penjaga singa itu sebelum ini.

Selain itu, mereka juga tertanya-tanya bagaimana seseorang itu boleh mempunyai pengalaman menjaga singa atau harimau sesuai dengan syarat yang ditetapkan zoo tersebut.

Bagaimanapun, seorang pengguna FB telah menjelaskan berkenaan spekulasi ‘kehilangan’ penjaga singa sebelum ini di zoo tersebut.

Menurut pengguna FB berkenaan, jawatan yang diiklankan itu sebenarnya adalah khas untuk mencari penjaga anak singa. Namun zoo berkenaan berdepan kesukaran untuk menemui calon yang sesuai dan mempunyai kemahiran menjaga haiwan itu.

Zoo berkenaan dilaporkan baru menyambut kelahiran beberapa ekor anak singa yang memerlukan perhatian rapi daripada penjaganya.

Ramai tertarik untuk mengetahui pekerjaan unik itu dengan lebih mendalam

Menurut The Thaiger, reaksi luar biasa yang ditunjukkan warga maya selepas melihat iklan tersebut membuktikan ramai yang berminat dengan tawaran kerja yang sangat unik itu.

Walaupun diselubungi pelbagai spekulasi dan rasa ragu-ragu, zoo berkenaan kekal fokus untuk mencari calon yang sesuai.

Pengurusan zoo berkenaan dikatakan kekal dengan pendirian untuk mencari calon yang berpengalaman untuk jawatan berkenaan, sekaligus demi kelansungan anak-anak singa tersebut.

Tahun lepas, Zoo Phuket pernah berada di ambang bahaya kerana nyaris ditutup disebabkan kekangan kewangan sewaktu wabak pandemik Covid-19.

Ketika itu, pemilik dan operator zoo, Suriya Tanthaweewong mengumumkan mereka sedang mencari pemilik baharu kepada haiwan-haiwan di zoo berkenaan.

Zoo berkenaan sebelum ini menjadi antara tarikan utama di Phuket dan memberi kegembiraan kepada pencinta haiwan sepanjang beroperasi selama hampir dua dekad.

BACA: Selalu Layari Laman Web, Ini Beza HTTP Dengan HTTPS Selalu Ada Pada “Link URL”

Sumber: Thaiger

The post Zoo Cari ‘Pemberani’, Nak Isi Dua Kerja Kosong Jadi Penjaga Singa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*