ILM: Animasi Aksi Sains Fiksyen Islamik Pertama Di Dunia Bakal Diperkenalkan Oleh Durioo+ Pada Ramadan 2024

Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya memperkenalkan siri animasi terbaru mereka yang dinamakan “ILM-Kebangkitan Khalifah.” Siri animasi ini dijadualkan akan dilancarkan pada Ramadan 2024, menandakan kali pertama genre aksi sains-fiksyen Islamik diperkenalkan dalam industri animasi seluruh dunia. Sebagai peneraju dalam genre baru ini, siri animasi ini akan menggabungkan unsur-unsur Islam yang mendalam dengan elemen sains-fiksyen, berserta dengan aksi yang menarik. 

Durioo+ semakin dikenali di kalangan ibu bapa kerana ia merupakan platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, yang berdedikasi untuk memastikan semua kandungan berkualiti di platform ini menawarkan nilai-nilai yang baik dan pengalaman unik kepada kanak-kanak yang menontonnya. 

Selain menawarkan kandungan berlesen dari studio produksi yang terkenal seperti PinkFong, Aardman, Les Copaque, dan lain-lain, Durioo+ juga memiliki studio produksi sendiri yang telah menghasilkan banyak siri animasi Islam yang terkenal ditujukan kepada kanak-kanak berumur 2-8 tahun seperti Little Ammar, Mina Mila, Alif Anis, dan banyak lagi.

“Ilm – Kebangkitan Khalifah” adalah tambahan terbaru dalam rangkaian siri animasi terkenal mereka dan sangat berbeza berbanding dengan siri lain kerana jalan cerita yang inovatif dan kali pertama produksi Durioo+ mensasarkan penonton kanak-kanak berumur 8-12 tahun. Kualiti produksi, adegan aksi yang menghiburkan, dan jalan cerita yang unik pasti akan menjadikan penonton terpaku, dan siri ini pastinya boleh bersaing rapat dengan nama-nama besar lain wujud di pasaran. 

“Ini kali pertama kita sasarkan penonton untuk kanak kanak lebih berusia, kerana tidak pernah lagi ada animasi Islamik berkonsepkan aksi dan sains fiksyen untuk golongan ini” kata pengasas Durioo+, Sinan Ismail. 

Untuk memulakan pelancaran siri animasi ini, Durioo+ dengan bangganya mempersembahkan tampilan pertama logo “ILM-Kebangkitan Khalifah.” Teaser ini menampilkan animasi perincian logo yang moden dan menarik, berjaya mencerminkan intipati tema sains fiksyen siri, dalam masih mengekalkan misteri bagaimana menariknya genre baru ini. 

“ILM-Kebangkitan Khalifah” dijadualkan akan dilancarkan pada Ramadan 2024, seiring dengan bulan suci bagi umat Islam. Ini akan membentuk suasana untuk seluruh bulan, dan dengan esensi Islam yang ditawarkan, pasti akan membuatkan kanak-kanak lebih mendekati Islam. 

“Kami berharap dengan siri baru ini, lebih ramai kanak kanak akan dapat mendalami Islam sambil menonton genre yang mereka minati”, tambah Sinan. 

Butiran berkaitan dengan siri ini juga akan sentiasa dikemaskini di akaun media sosial rasmi Durioo+, seperti Facebook, Instagram, dan Tiktok. Pastikan ikuti akaun mereka untuk sebarang info lanjut tentang siri ini.

The post ILM: Animasi Aksi Sains Fiksyen Islamik Pertama Di Dunia Bakal Diperkenalkan Oleh Durioo+ Pada Ramadan 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*