Public Bank & CIMB Bank Umum Lanjutkan Caj Tambahan DuitNow QR

Public Bank CIMB QR

Public Bank & CIMB Bank Umum Lanjutkan Caj Tambahan DuitNow QR

Public Bank Berhad dilaporkan tidak akan mengenakan caj tambahan bayaran kepada pengguna yang menggunakan DuitNow QR.

Pengumuman itu dibuat oleh Public Bank dalam satu kenyataannya pada 22 September lalu.

Menurut kenyataan itu, bayaran untuk peniaga yang menerima pembayaran menerusi DuitNow QR di premis tidak akan dikenakan mulai 1 Oktober dan sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, CIMB juga telah mengumumkan bahawa mereka juga tidak akan mengenakan caj tambahan transaksi sehingga akhir tahun ini.

Keputusan yang dilakukan oleh Public Bank dan CIMB ini menunukkan komitmen mereka untuk menyokong peniaga dan mempromosikan penggunaan pembayaran QR.

Terutamatanya di tengah-tengah cabaran ekonomi semasa yang tidak stabil dan merisaukan.

Keputusan menangguhkan yuran transaksi ke atas pembayaran DuitNow QR adalah penting bagi kedua-dua pihak iaitu peniaga dan pengguna.

Apabila yuran ini diketepikan, institusi kewangan dapat menggalakkan lebih banyak perniagaan untuk menggunakan kaedah pembayaran tersebut.

Dalam masa yang sama ia dapat membantu meringankan beban kewangan peniaga pada masa yang tidak menentu ini.

Keputusan ini juga mencerminkan usaha berterusan untuk mempromosikan penyelesaian pembayaran digital di Malaysia.

Maybank Umum Tidak Akan Kenakan Caj Tambahan DuitNow QR Kepada Pengguna

Maybank dilaporkan tidak akan melaksanakan bayaran caj tambahan kepada pengguna berkaitan dengan DuitNow QR.

Pengumuman itu dibuat oleh Maybank dalam satu kenyataannya pada semalam susulan berita yang menyatakan bahawa akan terdapat caj bagi kegunaan bayaran tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank tidak akan melaksanakan sebarang bayaran berkaitan DuitNow QR.

“Ia akan berterusan sehingga dimaklumkan kelak,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Maybank turut memberitahu bahawa semua peniaga akan terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa sebarang caj.

“Yakinlah bahawa semua peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj. Sebarang perubahan kepada ini akan dimaklumkan lebih awal kepada peniaga,” tambah kenyataan itu.

Sumber: Public Bank, The Thaiger

The post Public Bank & CIMB Bank Umum Lanjutkan Caj Tambahan DuitNow QR appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*