Imam Meninggal Dunia Selepas Beri Khutbah & Imamkan Solat Jumaat, Rebah Selepas Beri Salam

imam meninggal dunia selepas solat jumaat

Imam Meninggal Dunia Selepas Beri Khutbah & Imamkan Solat Jumaat, Rebah Selepas Beri Salam

Seorang imam di Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor dilaporkan meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat hari ini.

Imam Tua, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim (73), didapati rebah sejurus selepas memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Penghulu Mukim Padang Raja, Fadli Shah Ismail berkata, arwah sempat menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat Jumaat.

Arwah telah menyampaikan khutbah bertemakan kemerdekaan di hadapan kira-kira 700 makmum di dalam masjid itu.

Tambahnya, sebelum itu, Mohd Zamai telah selesai mengimamkan solat Jumaat. Kemudian, arwah mendirikan solat sunat sebelum didapati rebah ke kiri sebaik sahaja selesai memberi salam.

“Makmum yang berada di masjid membantu dan menghubungi ambulans.

“Pegawai perubatan dari Klinik Mahligai Melor yang memeriksa keadaannya mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Fadli Shah, jenazah imam tersebut telah dihantar ke rumahnya dengan menggunakan van jenazah milik Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor.

Dalam laporan Sinar Harian lagi, Allahyarham telah menabur bakti sebagai imam tua di masjid tersebut kira-kira lebih 20 tahun.

“Solat jenazah akan diadakan di masjid itu selepas Isyak dan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Mahligai,” ujarnya.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: Sinar Harian

The post Imam Meninggal Dunia Selepas Beri Khutbah & Imamkan Solat Jumaat, Rebah Selepas Beri Salam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*