Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

maksud asal-usul “mayday”

Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Industri penerbangan memiliki protokol keselamatan yang sangat ketat bagi memastikan keselamatan penumpang, kru penerbangan dan pesawat terjaga.

Misalnya, dalam situasi kecemasan, komunikasi pantas sangat penting antara pengemudi pesawat dengan menara kawalan supaya langkah-langkah sepatutnya dapat diambil.

Panggilan kecemasan Mayday merupakan isyarat yang dikenali secara global, memainkan peranan penting ketika berlaku kecemasan dalam industri penerbangan.

Aerotime telah merungkai asal usul istilah Mayday serta kepentingan panggilan ini dalam industri penerbangan di dunia.

Sejarah, maksud dan asal-usul Mayday

Istilah ‘Mayday’ berasal dari frasa bahasa Perancis ‘m’aider’ yang bermaksud ‘tolong saya’. Istilah ini telah diguna pakai sebagai isyarat kecemasan bagi dunia penerbangan sejak awal 1920-an.

Kredit bagi perlaksanaan isyarat ini diberikan kepada Frederick Stanley Mockford, seorang pengendali radio di Lapangan Terbang Croydon, London.

Istilah ini dipilih kerana bunyi dan kejelasannya yang tersendiri, menjadikannya mudah dikenali melalui transmisi radio.

Manakala, frekuensi 121.5 MHz dan 243 MHz telah ditetapkan sebagai frekuensi isyarat kecemasan dalam industri penerbangan.

Isyarat ini dibiarkan dan tidak digunakan untuk komunikasi biasa dan sentiasa dipantau oleh kawalan trafik udara (ATC) untuk panggilan kecemasan.

Pemancar pencari kecemasan (ELT) juruterbang pula direka untuk menyiarkan isyarat kecemasan melalui frekuensi ini apabila diaktifkan.

Keperluan dan peranan isyarat Mayday dan industri penerbangan

Pengenalan panggilan kecemasan Mayday dalam industri penerbangan berpunca daripada keperluan untuk memiliki isyarat kecemasan yang diseragamkan.

Sejurus perjalanan melalui udara menjadi semakin lazim, beberapa insiden kecemasan kerika penerbangan memerlukan isyarat panggilan yang boleh difahami secara universal.

Oleh itu, panggilan Mayday telah mengisi kelompongan ini dengan memastikan setiap situasi kecemasan dapat dikenalpasti dengan segara. Dengan ini, bantuan dapat disampaikan dalam masa yang pantas.

Kepentingan panggilan kecemasan Mayday ini menjadi pilihan disebabkan keringkasannya serta dikenali seluruh dunia. Isyarat ini berfungsi sebagai satu petunjuk jelas yang menunjukkan pesawat berada dalam masalah yang teruk dan memerlukan perhatian segera.

Dengan menggunakan isyarat ini, juruterbang dapat memberikan maklumat segera menerusi radio dan mendapat perhatian segera daripada pusat kawalan trafik (ATC), juruterbang lain serta perkhidmatan kecemasan.

Bagaimana panggilan Mayday digunakan dalam situasi sebenar?

Ketika berdepan dengan situasi yang kritikal, juruterbang telah dilatih untuk mematuhi protokol keselamatan yang sangat ketat. Hal ini termasuklah prosedur untuk membuat panggilan kecemasan Mayday.

Prosedur panggilan Mayday

Ketika berdepan dengan situasi kecemasan, juruterbang akan membuat panggilan “Mayday, Mayday, Mayday” sebanyak tiga kali bagi memastikan isyarat panggilan tersebut jelas.

Kemudian, panggilan ini akan diikuti dengan tanda panggilan dan kedudukan pesawat untuk memberikan maklumat yang mencukupi kepada ATC serta beberapa pesawat berdekatan.

Memulakan tindak balas kecemasan

Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan Mayday, ATC akan mengambil tindakan dengan segera untuk menyelaraskan maklum balas kecemasan.

Manakala, pesawat yang berada berhampiran dengan pesawat terbabit akan dimaklumkan mengenai kecemasan tersebut.

Selepas permakluman tersebut, juruterbang bagi pesawat-pesawat berkemungkinan akan mengubah laluan bagi mengelakkan pesawat yang dikendalinya memasuki kawasan yang terjejas.

Dalam pada itu, perkhidmatan menyelamat seperti pasukan bomba dan pasukan perubatan akan digerakan untuk berjaga-jaga menanti ketibaan pesawat.

BACA: Jangan Buat Main, Ini Yang Terjadi Jika Anda Tak Pernah Tukar Minyak Enjin Kereta

Sumber: Aerotime

The post Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*