Pakai Kimono Semasa Luncur Papan Salji, Remaja Jepun Tarik Perhatian Sambut ‘Hari Dewasa’ Dengan Cara Berbeza

pakai kimono luncur papan salji

Pakai kimono bermain papan salji, seorang remaja perempuan warga Jepun menarik perhatian ramai setelah mengenakan pakaian tradisional bagi meraikan upacara Coming of Age Day (Hari Orang Dewasa) kerana telah mencecah usia 20 tahun.

Lapor Mothership, pengguna Twitter @Katorisenkou_ks memilih untuk memberi kelainan memperingati upacara itu dengan menuju ke gunung untuk sesi bermain papan salji.

Kredit: @Katorisenkou_ks via Mothership

Kebiasaannya, remaja-remaja yang mencapai umur 20 tahun akan menuju ke dewan bandar untuk meraikan upacara Coming of Age Day.

Dia yang juga merupakan pelajar universiti tahun kedua di Kyoto, tidak menghadiri sekolah dengan kerap kerana masalah kesihatan dan mula bermain papan salji semenjak di bangku sekolah menengah lagi.

Remaja terbabit turut gemar menjadi cosplay dan akan meluncur di Takeishi Banshogahara Ski Resort, yang sangat mengalu-alukan pemain papan salji cosplayer untuk bermain dengan tangan terbuka.

“Saya sudah meninggalkan kampung halaman saya, dan saya tidak pergi ke sekolah semasa saya berada di sana, jadi saya selalu fikir saya tidak perlu pergi ke majlis dewasa (seperti Coming of Age Day),” katanya memetik Yahoo! Jepun.

Tetapi apabila Coming of Age Day semakin menghampiri dia mula berfikir bahawa hari tersebut akan menjadi bosan sekiranya tidak melakukan apa-apa pada usia 20 tahun.

Dia membeli furisode (kimono), pakaian paling formal yang boleh dipakai oleh wanita yang belum berkahwin di Jepun pada Oktober lalu sebagai persediaan untuk majlis itu.

Memandangkan dia mempunyai hubungan baik dan kenangan manis bersama resort ski, dia memutuskan untuk meraikan upacara terbabit di tempat itu.

Kemudiannya, dalam ciapan miliknya, dia menggambarkan bahawa dirinya membuat sehabis baik untuk upacara tersebut dan dia memakai kimono kerana ia merupakan perkara yang paling hebat dia boleh fikirkan.

“Ia adalah resort ski yang sangat bagus di mana ia membuatkan anda terasa seperti rumah.

“Saya gembira, meraikan dan melakukannya di Bansho,” katanya.

Apa maksud Coming of Age Day?

Untuk makluman, hari Isnin kedua pada bulan Januari adalah cuti kebangsaan yang didedikasikan untuk meraikan Coming of Age Day, menurut Kids Web Japan, sebuah laman web yang bertujuan memperkenalkan budaya Jepun yang dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri Jepun.

Orang Jepun secara sah dianggap dewasa apabila mereka telah capai usia 20 tahun. Ia juga merupakan umur yang disahkan secara undang-undang untuk merokok dan minum arak di negara ini.

Ramai lelaki memilih untuk memakai sut pakaian bagi majlis tersebut, manakala wanita memakai kimono tradisional dengan lengan panjang tambahan untuk yang belum berkahwin.

Sumber: Mothership

The post Pakai Kimono Semasa Luncur Papan Salji, Remaja Jepun Tarik Perhatian Sambut ‘Hari Dewasa’ Dengan Cara Berbeza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*