Imam Meninggal Dunia Terkena Serangan Jantung, Terkejut Jenazah Nak Dikebumikan Hidup Semula

imam terkena serangan jantung

Imam Meninggal Dunia Terkena Serangan Jantung, Terkejut Jenazah Nak Dikebumikan Hidup Semula

Seorang imam di Maghribi dilaporkan meninggal dunia akibat terkena serangan jantung selepas mendapati jenazah yang hendak dikebumikan tiba-tiba hidup semula, lapor Lifeinsaudiarabia.

Jenazah yang hidup semula itu dilaporkan telah disahkan meninggal dunia selepas jatuh ke atas tanah tidak sedarkan diri sewaktu solat Jumaat di masjid kampung tersebut.

Lelaki yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya dihantar ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia.

Selain itu, pihak hospital juga telah mengeluarkan sijil kematian di atas nama lelaki yang tidak sedarkan diri tersebut.

Keluarga lelaki terbabit telah diberitahu berkenaan kematian mengejut itu dan mayatnya telah dibawa ke rumah mayat untuk persiapan pengebumian.

Kredit lifeinsaudiarabia.net

Imam bersetuju untuk mengetuai solat jenazah

Imam berkenaan tiba di rumah mayat itu untuk mengetuai solat jenazah dan persiapan sebelum mengebumikan jenazah.

Selepas jenazah siap sedia untuk dikebumikan, secara tiba-tiba jenazah itu telah bangun semula.

Insiden itu telah menakutkan orang ramai dan menyebabkan imam itu mengalami serangan jantung lalu meninggal dunia.

Orang ramai yang pada mulanya menghadiri pengebumian jenazah lelaki itu akhirnya telah bertukar kepada majlis pengebumian imam tersebut.

Wanita Mati Hidup Semula, Terjaga & Ketuk Keranda

Terdahulu, seorang wanita warga emas di Ecuador yang disahkan meninggal dunia ‘terjaga’ di dalam keranda sendiri ketika upacara pengebumian, lapor India Times.

Anak lelakinya, Gilbert Balberan memberitahu ibunya, Bella Montoya mengetuk kotak keranda dengan tangan kirinya selepas bangun selama lima jam.

Balberan berkata dia terpaksa menguruskan sumbangan berkaitan keranda memandangkan keluarganya tidak mampu membiayai selepas Hospital Awam Marin Icaa mengisytiharkan kematian ibunya pada Jumaat.

“Pihak hospital turut memberikan mereka sijil kematian ibu,” kata Balberan ketika ditemui pemberita.

Insiden luar biasa itu dilaporkan secara meluas dalam media Ecuador, dengan tajuk utama meraikan ‘kebangkitan’ wanita itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sebuah video yang disiarkan di Twitter menunjukkan wanita berusia 76 tahun yang berada di dalam keranda bernafas dengan berat selepas ia dibuka.

Dua lelaki turut dilihat membantu wanita itu keluar daripada keranda dan video tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Montoya kemudiannya telah dihantar ke hospital yang pengesahan kematiannya serta rawatan lanjut.

Sumber: lifeinsaudiarabia.net

The post Imam Meninggal Dunia Terkena Serangan Jantung, Terkejut Jenazah Nak Dikebumikan Hidup Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*