“Pilot” Terpaksa Halau Wanita Turun Pesawat, Menjerit Histeria Sebab Gaduh Dengan Suami

Halau Wanita Turun Pesawat

“Pilot” Terpaksa Halau Wanita Turun Pesawat, Menjerit Histeria Sebab Gaduh Dengan Suami

Juruterbang sebuah pesawat yang sedang menuju ke Jeddah terpaksa menghalau seorang penumpang wanita Mesir turun dari pesawat kerana menjerit selepas bertengkar dengan suaminya.

Berdasarkan laporan World Today News, penumpang wanita itu telah menimbulkan kekecohan selepas bertengkar dengan suaminya yang berada di Arab Saudi menerusi panggilan telefon.

Penumpang tersebut dilaporkan telah menjerit seperti terkena histeria dalam pertengkaran berkenaan.

Menurut media Mesir, juruterbang pesawat syarikat “Fly Adele” itu terkejut dengan jeritan penumpang Mesir tersebut, malah dia juga rebah selepas pertengkaran hebat tersebut.

Ketika kejadian, pesawat difahamkan sedang bergerak untuk keluar dari landasan lapangan terbang berkenaan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Selepas berjaya menenangkan wanita tersebut, dia mendedahkan bahawa pertengkaran itu berlaku dengan suaminya yang menetap di Arab Saudi melalui panggilan telefon kerana masalah perselisihan keluarga.

Pertengkaran itu semakin memuncak selepas suami wanita tersebut mengetahui tentang pergerakan pesawat yang dinaiki wanita berkenaan.

Suaminya juga dilaporkan mengugut untuk memukul isterinya sebaik saja dia tiba di lapangan terbang Jeddah, jadi wanita itu mula menjerit dan membatalkan perjalanannya lalu turun dari pesawat tersebut.

Berdepan dengan kekecohan penumpang terbabit, juruterbang terpaksa membatalkan perjalanannya untuk menurunkan wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, pesawat itu kemudiannya meneruskan penerbangannya selepas mengalami kelewatan selama 45 minit dari masa berlepas asalnya.

Sumber: World Today News

The post “Pilot” Terpaksa Halau Wanita Turun Pesawat, Menjerit Histeria Sebab Gaduh Dengan Suami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*