India Kerah Jet Pejuang Siasat Dakwaan Penampakan UFO Di “Airport”

india penampakan ufo

India Kerah Jet Pejuang Siasat Dakwaan Penampakan UFO Di “Airport”

Gara-gara didakwa ternampak pesawat asing atau objek terbang tidak dikenali (UFO) berhampiran lapangan terbang, Tentera Udara India (IAF) ‘tidak senang duduk’ hingga mengerahkan dua jet pejuangnya untuk menyiasat penampakan itu pada Ahad, lapor Independent.

Difahamkan, pasukan keselamatan India mengeluarkan amaran selepas penampakan UFO itu dilaporkan dari negeri timur laut Manipur pada sekitar 2.30 petang waktu tempatan.

Perkara yang berlaku tiba-tiba itu juga membuatkan IAF menghentikan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bir Tikendrajit yang terletak di Imphal selama beberapa jam.

“IAF mengaktifkan mekanisme tindak balas pertahanan udara berdasarkan input visual dari Lapangan Terbang Imphal.

 “Bagaimanapun, objek kecil yang digelar UFO tidak kelihatan selepas itu,” kata IAF dalam satu kenyataan di platform X.

Tidak hanya itu, pesawat pejuang Rafale juga turut dihantar untuk menyiasat objek tersebut dari pangkalan udara Hashimara di negeri timur Bengal Barat.

“Sejurus selepas maklumat mengenai UFO berhampiran Lapangan Terbang Imphal diterima, sebuah pesawat pejuang Rafale dari pangkalan udara berhampiran telah bergegas untuk mencari UFO itu,” kata seorang pegawai pertahanan dipetik agensi berita ANI.

Jet itu kembali dan satu lagi dihantar untuk menyiasat namun laporan mengatakan jet pejuang kedua juga kembali tanpa menemui sebarang bukti UFO.

Untuk pengetahuan, pesawat pejuang itu dilengkapi dengan sensor canggih dan melakukan penerbangan aras rendah di atas kawasan yang disyaki berhampiran lapangan terbang, tetapi tidak menemui apa-apa yang mencurigakan.

Seorang pegawai dari salah satu agensi polis persekutuan India mendakwa objek tersebut terlihat amat jelas walaupun hanya melihat menggunakan mata sendiri tanpa bantuan alatan canggih.

BACA: Viral Penampakan ‘UFO’ Di Pasuruan, Indonesia

Operasi penyiasatan mengambil masa beberapa jam dan penerbangan di Lapangan Terbang Imphal dilaporkan mula beroperasi semula selepas jam 5.30 petang pada Ahad, selepas pihak berkuasa mendapat kebenaran daripada IAF.

Dua penerbangan dialihkan dari lapangan terbang dan tiga penerbangan berlepas ditangguhkan sebelum operasi dibenarkan disambung semula.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa India tidak mendedahkan butiran khusus penyiasatan mereka terhadap penampakan UFO berkenaan.

Penampakan UFO itu kemudiannya tular di media sosial di mana ada satu objek muncul di langit berhampiran lapangan terbang.

Pun begitu, sehingga kini masih tiada kesahihan mengenai perkara tersebut.

Sumber: Independent

The post India Kerah Jet Pejuang Siasat Dakwaan Penampakan UFO Di “Airport” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*