Salah Satu Pakaian Puteri Diana Akan Dijual, Harga Mencecah RM530,000

Gaun Puteri Diana Bakal Dilelong, Harga Dijangka Cecah Lebih 500 Ribu

Buat pertama kali dalam tempoh lebih 25 tahun, salah satu gaun Puteri Diana yang paling ikonik akan dilelong dan dijangka akan mencecah sehingga 120,000 dolar (RM530,000) pada jualan Sotheby’s di New York, akhir bulan ini.

Memetik CNN, gaun baldu sutera berwarna ungu gelap itu telah dipakai oleh Puteri Diana untuk potret rasmi kerajaan pada tahun 1991 dan pameran Vanity Fair pada tahun 1997, sejurus sebelum kematiannya.

Gambar: Sotheby’s via CNN

Kali terakhir gaun yang direka oleh Victor Edelstein itu dijual pada harga 24,150 dolar (RM105,680) pada 1997, semasa lelongan amal Christie yang menampilkan 79 pakaian yang disumbangkan oleh Diana.

Penjualan secara kolektif mencecah 3.25 juta dolar (RM14.3 juta), bakal memanfaatkan organisasi AIDS dan kanser termasuk Hospital Diraja Marsden, tempat baginda berkhidmat sebagai presiden selama lapan tahun.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Selain itu, foto yang diambil oleh Mario Testino dalam majalah Vanity Fair telah memberi tumpuan kepada lelongan dan memutuskan untuk menjual pakaian tersebut sebagai ‘simbol yang kuat dalam kehidupannya yang berubah’, berikutan penceraiannya dengan Putera Charles.

Gambar: Sotheby’s via CNN

Menurut Sotheby’s, gaun berwarna ungu tua itu adalah sebahagian daripada koleksi Autumn 1989 Edelstein, walaupun dia hanya mereka pakaian untuk Puteri Diana selama lebih sedekad.

Ia juga turut dipaparkan dalam lukisan oleh Douglas Hardinge Anderson pada tahun 1991, serta anak patung Franklin Mint pada tahun 1998, lapor CNN.

Difahamkan Edelstein juga menghasilkan gaun berwarna biru gelap Puteri Diana yang dikenali sebagai “Travolta Dress”, yang dijual pada harga 347,000 dolar (RM163,000) pada 2019 kepada badan amal selepas gagal dijual di lelongan.

Gaun Edelstein ini akan menjadi sebahagian daripada lelongan Sotheby “The One” pada 27 Januari, malah turut menampilkan barangan terkenal lain dari fesyen dan hiburan.

Sumber: CNN

The post Salah Satu Pakaian Puteri Diana Akan Dijual, Harga Mencecah RM530,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*