Keadaan Salahuddin Stabil, Ditidurkan Selepas Jalani Pembedahaan

Salahuddin ditidurkan pembedahan

Keadaan Salahuddin Stabil, Ditidurkan Selepas Jalani Pembedahaan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub kini ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Sinar Harian, Salahuddin menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat pendarahan otak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keadaan Ahli Parlimen Pulai itu dalam keadaan stabil dan berada dalam pemantauan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Tambahnya lagi, Salahuddin turut dipantau oleh pasukan perubatan yang diketuai oleh dua orang doktor pakar. Turut menemani adalah isteri Salahuddin, Datin Seri Fatimah Taha.

“Beliau berada dalam stabil selepas pembedahan yang dianggap berjaya pada awal pagi tadi. Salahuddin diletakkan di bawah pengawasan pasca pembedahan dan di bawah pengawasan rapi. Beliau ditempatkan dii ICU kerana beliau akan diawasi secara cermat oleh dua doktor pakar.

“Pagi tadi, kami (menteri) diberikan perkembangan oleh Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa) dalam grup WhatsApp mengenai keadaan Salahuddin. Kebetulan ada di Kedah, saya ambil peluang melawat,” katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

BACA: Sarung Baju Hijau Putih, Kelibat Tun M Satu Pentas Dengan Pemimpin PAS Curi Tumpuan Ramai

Beliau berkata demikian semasa ditemui di lobi HSB bersama Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar serta Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Kata Saifuddin, perkembangan kesihatan Salahuddin telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar turut menyampaikan ucapan salam terhadap keluarga Salahuddin.

“Apa yang boleh buat sekarang adalah memperbanyakkan doa, mudah-mudahan Salahuddin kembali sihat.

“Saya fikir keluarganya perlu diberikan peluang dan ruang untuk menghadapi keadaan ini. Kita akan terus mendapatkan perkembangan rawatan Salahuddin daripada pasukan doktor yang merawatnya,” jelasnya.

Manakala, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan pembedahan ke atas Salahuddin telah selesai pagi tadi.

Menerusi kenyataan hari ini, Syakirin memaklumkan bahawa SAlahuddin telah menjalani rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU).

Sebelum ini, Syakirin memaklumkan bahawa Salahuddin telah dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira 10.15 malam tadi.

Beliau mendapatkan rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum doktor pakat mengesahkan dirinya mengalami pendarahan otak.

BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Sumber: Sinar Harian

The post Keadaan Salahuddin Stabil, Ditidurkan Selepas Jalani Pembedahaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*