Ini Sebab Kulit Jari Selalu Berkedut & Kecut Lepas Mandi

sebab kulit jari berkedut

Ini Sebab Kulit Jari Selalu Berkedut & Kecut Lepas Mandi

Setiap orang pastinya gemar mandi atau berendam di dalam air dalam tempoh yang lama lebih-lebih lagi sewaktu cuaca yang panas terik. Ia menjadikan badan kita seolah-olah kembali segar.

Kebiasaannya, mereka yang berendam dalam air akan mengalami sesuatu yang pelik pada kulit mereka. Pernahkah anda terfikir mengapa kulit pada jari tangan dan kaki kita berkedut dan mengecut setelah selesai bermandi-manda?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara ini, ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah.

Sebab Kulit Jari Tangan & Kaki Anda Selalu Berkedut Selepas Mandi

Pernah tak anda mengalami kulit berkedut pada bahagian tangan mahupun kaki selepas lama berendam di dalam air? Terutamanya jika anda baru sahaja selesai berenang.

Pasti anda pernah tertanya-tanya apa punca di sebalik kulit berkedut tersebut? Adakah ia perkara yang berbahaya kepada kesihatan?

BACA JUGA: Penghidap Ekzema Perlu Elak 5 Jenis Ikan Yang Gatal Dimakan Ini

Jika anda keliru, teruskan membaca kerana artikel ini akan membincangkan fakta sains di sebalik kejadian tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Kenali anatomi kulit

Gambar: Florida Dermatology & Skin Cancer Centers

Kulit adalah organ terbesar pada badan manusia dan kulit mempunyai tiga jenis lapisan yang berbeza:

  • Lapisan dalaman (terdalam)/ tisu subkutan: Diperbuat daripada lemak dan tisu penghubung
  • Lapisan tengah/ dermis: Mengandungi saluran darah, saraf, akar rambut, dan kelenjar peluh
  • Lapisan paling luar/ epidermis: Melindungi lapisan dalaman daripada bahaya dan mengelakkan penyejatan air dalam badan

Epidermis mempunyai empat sub-lapisan:

  • Stratum corneum
  • Lapisan berbutir
  • Lapisan sel skuamosa
  • Lapisan sel basal

Dalam epidermis, sel-sel yang baru terbentuk (nukleus) berada di bahagian bawah sementara sel-sel yang lebih lama ditolak ke atas secara berterusan untuk membentuk lapisan sel keratin yang mati.

Ini adalah proses kematian sel yang berterusan atau diprogramkan yang berlaku pada kulit dalam kitaran hidup manusia.

Stratum corneum adalah bahagian yang dapat dilihat dan dirasakan oleh seseorang, dan terdiri daripada sel-sel keratin yang sudah mati.

Sel-sel ini bertanggungjawab untuk pembentukan kerutan di jari tangan dan jari kaki. Keratin adalah protein yang juga terdapat pada kuku dan rambut.

Sumber: Hello Doktor

The post Ini Sebab Kulit Jari Selalu Berkedut & Kecut Lepas Mandi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*