Ini Tips Pilih Baja Untuk Tanaman Agar Lebih Sihat & Subur

tips baja tanaman

Ini Tips Pilih Baja Untuk Tanaman Agar Lebih Sihat & Subur

Baja merupakan bahan tambahan yang penting dalam membantu mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman. Hal ini kerana dalam baja kaya dengan sumber-sumber yang diperlukannya.

Sebagai petani atau mereka yang menanam tanaman, pastinya hasil yang ingin dikeluarkan oleh pokok pada kadar maksimum.

Sehubungan itu, bagi mereka yang ingin memulakan aktiviti penanaman pokok atau yang tidak mengetahui tentang penggunaan baja boleh melihat perkongsian di bawah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun (CK) di bawah.

5 Tips Membeli Baja Yang Betul Untuk Bagi Kesan Yang Padu Pada Tanaman Hangpa

Pilih Baja Mesti Tepat dengan Tanaman

Contoh: Tanam pokok sayur daun seperti sawi, kailan dan lain-lain yang umur 35 hari kebawah jangan guna baja ‘Slow Release’. Sebab baja macam ni sesuai untuk pokok jangka masa panjang 6 bulan ke atas.

BACA JUGA: Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba

Tengok pada label baja berapa nilai NPK baja.

Unsur N(daun) P(Akar) K ( Bunga, Buah). Contoh pokok sayur ambik yang stabil sahaja N:3 P:3 K:3. Untuk Pokok Buah ambik yang N:3 P:3 K:12(K mesti tinggi).

Cari baja yang Organik Untuk Menjaga Tanah dan Rasa Tanaman lagi sedap dan sihat.

Dalam pasaran ada baja organik dan ada baja bukan organik(kimia). Cara nak tahu baja oragnik atau tak, tengok pada sumber dan cara baja di hasilkan. Organik baja tu dari sumber semulajadi contoh tinja haiwan, bahan dari tumbuhan dan batuan mineral.

Dapatkan baja yang mempunyai mikrob hidup

Tujuan baja yang ada mikrob hidup adalah supaya mikrob ni tolong berkerja untuk kita bagi memulihkan tanah, menjaga pH tanah, mengemburkan tanah dan mengikat unsur baja pada tanaman.

Baja Vs Medium yang sesuai

Jika tanam pokok menggunakan medium sabut (cocopeat) 100% tanpa ada tanah, cari baja yang dalam bentuk cecair seperti Baja Single AB dan LOF. Jika medium seperti tanah obess CK boleh guna baja serbuk dan baja cecair. Pastikan penggunaan baja sesuai dengan medium supaya baja mudah terhurai.

Tips tambahan carilah baja yang berbau harum mewangi dan sedap hangpa dan orang sekeliling hangpa bau. Ni tak, guna baja busuk sampai satu rumah tak lalu nak makan bau keng tengik baja tu. Pening kepala hangpa dan jiran-jiran hangpa.

Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

The post Ini Tips Pilih Baja Untuk Tanaman Agar Lebih Sihat & Subur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*