Pesona Warna-Warni, Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda Gamit Tumpuan Pelancong

Pesona Warna-Warni, Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda Gamit Tumpuan Pelancong

Setiap negara mempunyai daya tarikan yang tersendiri seperti kawasan dan tempat yang menarik. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik tumpuan pelancong luar dan menjaga pendapatan negara.

Antara negara yang sering menjadi bualan dunia dengan keindahan alamnya seperti Norway, Switzerland, Pakistan dan termasuklah Belanda.

Umumnya, Belanda atau Holland terkenal sebagai negara pengeluar tenusu dan negara kincir angin sejak dahulu lagi. Bukan sahaja dilabel sebagai negara pengeluar tenusu malah Belanda juga terkenal sebagai pengeluar bunga tulip terbesar di dunia.

Pernahkan anda bayangkan bagaimana bentuk dan rupa ladang bunga terbesar di dunia itu? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Ladang Tulip Lisse, Belanda

Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda
Gambar: Pixabay

Terletak di bandar Lisse di wilayah Bollenstreek. Taman Keukenhof ini merupakan salah satu pemandangan ikonik yang terdapat di Belanda.

Jarak perjalanannya mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit dari ibu kota Amsterdam ke ladang terbesar di dunia itu. Ia juga dipanggil “Garden of Europe” dengan meliputi keluasan 32 hektar tanah.

Gambar: Pixabay

Taman Keukenhof telah dibuka sejak tahun 1949 sehingga berjaya membawa Belanda menjadi sebuah negara pengeksport bunga terbesar dunia.

Difahamkan, setiap tahun ladang ini akan mengadakan festival bunga tulip tahunan yang melibatkan lebih 7 juta bunga termasuk 800 jenis bunga tulip sewaktu musim bunga.

Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda
Gambar: Normann Szkop/Bruxelles5

Selain bunga tulip, terdapat beberapa lagi bunga lain termasuklah bunga bakung, teratai, mawar, carnation, dan gondok. Festival Tulip tahunan hanya akan berlangsung antara bulan Mac hingga Mei yang menampilkan pelbagai jenis bunga, perarakan, acara muzik dan banyak lagi.

Dianggarkan sekitar 1.5 juta penggunjung yang datang setiap tahun di ladang berkenaan. Kepelbagaian warnanya bagaikan tiada penghujung buat pelancong yang datang untuk melihat deretan bunga yang mempesonakan.

Gambar: Normann Szkop/Bruxelles5

Di sini, pelancong mempunyai pilihan untuk melawat ladang berkenaan sama ada dengan menyewa basikal mahupun kereta.

Sejarah Ladang Keukenhof, Lisse

Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda
Gambar: Pixabay

Sejarah Keukenhof  bermula sejak abad ke-15 apabila sebahagian kawasan tersebut telah dibeli oleh komander tentera laut, Blok Adriaen Maertensz pada tahun 1638.

Kemudian, dia telah membina sebuah Istana Keukenhof pada tahun 1641 yang meliputi kawasan seluas 200 hektar.

Seterusnya, pemilik ladang Baron dan Baroness Van Palland telah mengupah arkitek landskap, Jan David Zocher dan anaknya Louis Paul Zocher untuk membuat dekorasi semula bentuk taman istana dengan gaya Inggeris namun dalam masa yang sama masih mengekalkan keaslian Keukenhof.

Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda
Gambar: Normann Szkop/Bruxelles5

Menjelang tahun 1949, sekumpulan penanam dan pengeksport bunga telah menubuhkan ladang yang kekal kelihatan sehingga kini. Pembukaan ladang bunga itu mendapat sambutan hangat oleh orang ramai hingga dikunjungi lebih 236,000 pelawat pada tahun pertama pembukaan.

Selepas lebih 70 tahun berkembang, Keukenhof telah menjadi tarikan dunia yang dilawati oleh jutaan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Sumber: Euroviajar.com, Tulip Garden

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Pesona Warna-Warni, Keindahan Padang Bunga Tulip Belanda Gamit Tumpuan Pelancong appeared first on Siakap Keli.