Ini Tips Tanam Bunga Ros Agar Tumbuh Mekar & Kekal Subur

tips tanam bunga ros

Ini Tips Tanam Bunga Ros Agar Tumbuh Mekar & Kekal Subur

Bunga ros atau mawar sangat terkenal di negara ini. Warnanya yang cantik dan menawan selalu menjadi pilihan utama untuk diberikan kepada kekasih hati ataupun orang yang tersayang.

Bahkan, aroma wangian bunga ros yang sangat harum dapat memberikan ketenangan.

Walaupun mungkin agak susah untuk dijaga, bunga mawar ini menjadi antara bunga pilihan untuk ditanam di halaman rumah.

Tips tanam bunga ros

Mesti ada yang pernah cuba tanam pokok bunga mawar ini tapi gagal bukan? Jangan risau SK kali ini akan berkongsi mengenai cara penanaman pokok bunga mawar dan kaedah penjagaannya.

Tips ini dikongsikan oleh pengguna Facebook @Puan Tg Noorhidayati menerusi page @Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Ikuti perkongsian di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Tips Berkebun : Bunga Ros Dan Kaedah Penjagaannya

Sebelum beli, pastikan bunga ros itu adalah ros kampung ataupun ros tanah tinggi. Ros kampung senang dijaga dan tahan dgn cuaca kita, ros tanah tinggi sedikit sensitif dan perlu ditrain untuk hidup dan fleksibel dengan cuaca kita.

Medium tanah semaian tanah kompos@yang tidak menyerap air. Akar pokok ros cepat memburuk jika berlebihan air.

Siram pokok di awal pagi dan awal petang. Siram tengahari, waterblast untuk kurangkan thrips, siram lewat petang boleh menyebabkan bintik-bintik hitam timbul di permukaan daun.

Sentiasa trim pokok untuk menggalakkan pucuk baru keluar dan menggalakkan bunga keluar.

Buang daun-daun yang rosak@buruk. Jika batang ros memburuk, potong batang yang buruk sehingga ke bahagian dahan yang masih hijau untuk mengelakkan penyakit pokok dari merebak ke batang yang masih elok.

Potong tangkai bunga di bahagian pangkal untuk mengelakkan kekurangan nutrien pokok, tangkai bunga yang buruk perlu sentiasa dicantas awal untuk menggalakkan pucuk baru cepat keluar.

Pembajaan yang teratur seminggu sekali, boleh selang selikan dengan booster flowers yang berbiji merah dengan baja kulit udang dan baja kopi.

Ros tanah tinggi

Tukarkan pot dan tanah yang lebih baik, pasu yang besar dan tanah sekam poros.

Letak pokok ros ditempat teduh dalam tempoh seminggu dua.

Dedahkan pokok dengan cahaya matahari pagi selama 4-5 jam sehari. Elakkan tempat yang terlalu panas dan terdedah matahari yang terik.

Trim pokok dan buang daun-daun yang mula menguning. Itu normal kerana pokok sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru. Dengan itu pucuk baru akan keluar dan pokok akan cepat berputik baru. Letakkan secubit baja tapi mestilah jauh dari pangkal kerana baja kimia bersifat panas dan boleh memudaratkan pokok bila terlebih atau diletak di pangkal pokok.

Ketika trim pokok jangan buang kesemua daun. Tinggalkan sedikit daun yang masih elok di pokok untuk menggalakkan proses fotosintesis terus berlaku dan menggalakkan pokok terus hidup, dan mengelakkan pokok cepat rosak dan mati.

Cara tanam melalui keratan batang

Pilih ranting pokok yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, potong menyerong.

Potong di awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan batang kekurangan air. Basuh ranting yang dipotong untuk membuang tanah dan kekotoran yang melekat.

Rendam keratan ranting di dalam air bebas klorin selama 5-6 jam untuk memastikan batang terus segar dan menerima bekalan air secukupnya. Sewaktu rendam pastikan daun di pangkal ranting dibuang untuk mengelakkan penyakit dan kulat di bahagian rendaman batang tersebut.

Alihkan ke tanah pada lewat petang.pastikan pasu dan tanah berada pada tempat teduh dan sedikit lembap. Siram seperti biasa, pastikan pokok menerima cahaya matahari secukupnya setiap hari.

Sedikit tips penjagaan pokok bunga ros dari saya mengikut pengetahuan dan cara yang saya amalkan. Jika ada kekurangan harap dapat dimaafkan, saya pun masih belajar. Selamat berusaha.

Sumber: Puan Tg Noorhidayati

The post Ini Tips Tanam Bunga Ros Agar Tumbuh Mekar & Kekal Subur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*