Intip Wanita Sejak 2019 Sebelum Membunuhnya Dalam Tandas Bawah Tanah

Intip Wanita Sejak 2019 Sebelum Membunuhnya Dalam Tandas Bawah Tanah

 

Seorang lelaki yang menintip dan membunuh bekas rakan sekerjanya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun oleh pihak mahkamah menyebabkan orang ramai mengeluarkan bantahan dalam kejadian yang berlaku di Korea Selatan, lapor The Independent.

Lelaki berkenaan merupakan bekas pekerja kereta api bawah tanah didapati bersalah pada Selasa lalu oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul atas tuduhan membunuh dan pertuduhan lain yang berkaitan dengan menikam mangsa sehingga mati di dalam tandas bilik air bawah tanah pada 14 September tahun lalu.

Susulan itu, pihak mahkamah telah memerintahkannya untuk memakai alat pengesan elektronik selama 15 tahun malah ada pihak pendakwaan telah meminta hukuman mati untuk dijatuhkan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh mengatakan bahawa dia telah membunuh mangsa kerana marah selepas pendakwa raya menuntut hukuman penjara sembilan tahun ke atasnya dalam kes mengintip pada Ogos.

Memetik The Independent, tertuduh telah mengenali mangsa, 28 tahun sebagai rakan sekerja sejak Oktober 2021 apabila kedua-duanya mula bekerja sama untuk mengendalikan kereta api bawah tanah di bandar itu.

Intip Wanita Sejak 2019
Kredit: AFP via The Independent

Pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah menamatkan syif malamnya di stesen kereta api bawah tanah, malah kepulangannya itu ditunggu oleh tertuduh kira-kira lebih sejam di luar tandas yang dipercayai memakai sarung tangan dan topi mandian (pakai buang) sebelum bertindak untuk menikam mangsa.

Sebelum ini, mangsa telah memfailkan dua aduan mengintip terhadap tertuduh sehingga menyebabkan dia didakwa pada Februari dan Julai tahun lalu.

Disebabkan itu, pada 15 September, mahkamah telah memutuskan tertuduh dijatuhkan penjara sembilan tahun kerana mengintip, merakam secara haram dan mengugut mangsa.

Susulan insiden itu, beberapa protes di seluruh Seoul telah dilakukan malah beribu-ribu nota telah ditinggalkan di tandas wanita di tempat kejadian yang mengatakan untuk menghentikan pembunuhan wanita dan merayu perubahan dalam undang-undang anti-mengintip.

 

Mangsa telah diganggu sejak 2019

Menurut The Independent, mangsa telah diganggu oleh tertuduh sejak 2019 apabila tertuduh mula menghubunginya lebih daripada 300 kali, merayu dengan mangsa untuk menjalinkan hubungan dan mengancam untuk mencederakan diri sendiri sekiranya mangsa enggan.

Bagaimanapun, mangsa bertindak untuk melaporkan tertuduh pada Oktober 2021 sehingga dia diberhentikan daripada pekerjaannya dan ditangkap. Namun, tertuduh telah dibebaskan dengan ikat jamin dan tidak dikenakan perintah sekatan sama sekali.

“Daripada keterangan defendan, nampaknya dia (tertuduh) bertekad untuk membunuh mangsa melainkan dia bersetuju untuk menyelesaikan pertuduhan mengintip,” maklum pihak mahkamah.

Intip Wanita Sejak 2019
Kredit: AFP via The Independent

Pindaan undang-undang anti-mengintip

Disebabkan marah akan insiden itu, presiden Yoon Suk-yeol mengarahkan kementerian kehakiman meminda undang-undang mengintip yang berkuatkuasa pada 2021.

Bagaimanapun, undang-undang yang telah dipinda menggariskan bahawa pelaku tidak boleh didakwa tanpa kebenaran yang jelas daripada mangsa menyebabkan mereka terdedah kepada tindakan balas daripada pelaku.

Dalam pindaan itu juga, suspek perlu disyaki mengintip perlu memakai gelang elektronik walaupun sebelum hukuman dijatuhkan oleh pihak mahkamah.

Memetik data daripada Agensi Polis Negara, pihak polis telah menahan sekurang-kurangnya 7,152 orang di bawah undang-undang anti-mengintip pada tahun lalu namun hanya lima peratus daripada suspek yang ditahan.

 

Sumber: The Independent

The post Intip Wanita Sejak 2019 Sebelum Membunuhnya Dalam Tandas Bawah Tanah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*