“Isi Terkeluar Sikit,” Dahi Naim Daniel Cedera, Kuku Jari Pecah Gara-Gara Main Mercun Bola

Naim daniel mercun bola

“Isi Terkeluar Sikit,” Dahi Naim Daniel Cedera, Kuku Jari Pecah Gara-Gara Main Mercun Bola

Pelakon dan juga penyanyi terkenal, Naim Daniel alami detik cemas selepas mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan gara-gara mercun bola, lapor Astro Awani.

Akibat daripada kecederaan yang dialami, Naim dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Kejadian itu telah dikongsi Naim sendiri menerusi muat naik perkongsian di Instagram ‘story’ miliknya pada malam tadi.

Naim juga memberitahu bahawa dahi serta tapak tangannya luka, manakala kuku jari telunjuk tangan kanannya telah pecah.

“Sakitnya… kuku pecah, see… yang tu isi, terkeluar sikit,” katanya sambil menahan sakit.

Naim bagaimanapun ketika menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran kediamannya masih sempat tersenyum dan berjenaka.

Selepas pulang daripada menerima rawatan, Naim masih meneruskan aktiviti bermain bunga api bersama rakan-rakannya dalam keadaan berbalut.

Sempat memberikan nasihat kepada orang ramai

Menerusi kemaskini hantaran di Instagram miliknya lagi, Naim sempat memberikan amaran kepada pengikut dan orang ramai tentang bahaya akibat bermain mercun.

“Jangan main mercun bola please,” tulis muat naik tersebut secara ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Awal tahun lalu, Naim pernah mengalami kecederaan tangan terseliuh selepas terjatuh ketika bermain skate board.

Terdahulu, orang ramai diingatkan untuk tidak bermain mercun sehingga membahayakan nyawa dan ketenteraman orang lain, lapor Sinar Harian.

Amaran tersebut diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada individu yang bermain bunga api dan mercun ketika menyambut kedatangan Syawal.

Katanya, mereka yang membakar mercun perlu sentiasa mematuhi aspek keselamatan dan diminta mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Kita sedia maklum terdapat kebenaran berkaitan mercun dan bunga api mengikut peraturan ditetapkan.

“Namun pada masa sama perlu dititik beratkan soal keselamatan diri serta orang ramai.

“Jangan main mercun sehingga ganggu orang awam, akibatkan kebakaran harta benda atau akibatkan kecederaan diri dan orang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein berkata sekiranya terdapat individu yang menganggu ketenteraman orang lain, maka pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap yang terlibat.

Sumber: Astro Awani 

The post “Isi Terkeluar Sikit,” Dahi Naim Daniel Cedera, Kuku Jari Pecah Gara-Gara Main Mercun Bola appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*