Tesla ‘Selamatkan’ Lelaki Terkena Serangan Jantung, Pandu Sendiri 13 Batu Ke Hospital

Tesla ‘Selamatkan’ Lelaki Terkena Serangan Jantung, Pandu Sendiri 13 Batu Ke Hospital

Seorang lelaki baru-baru ini berkongsi satu kisah benar dimana dia telah ‘diselamatkan’ oleh kereta elektrik (EV) Tesla ketika terkena serangan jantung ringan pada 2 April lepas.

Max Paul Franklin berkata, dia amat bersyukur kerana memiliki sebuah kenderaan dengan pemanduan automasi ketika kejadian itu berlaku.

“Sekitar 2 pagi pada hari kejadian, saya berdepan masalah kesihatan yang teruk akibat dehidrasi dan paras glukosa dalam darah sekitar 670 akibat kegagalan fungsi pam insulin.

“Dalam situasi terdesak dan masa yang suntuk, saya terpaksa mendapatkan ‘bantuan’ daripada Model Y. Dengan mengaktifkan fungsi Full Self-Driving (FSD) yang baru dikemaskini, saya terperanjat dengan hasilnya.

“Tanpa memerlukan campur tangan, kereta tersebut memandu sendiri sejauh 13 batu dari rumah saya ke Jabatan Kecemasan VA. Malah, fungsi parkir sendiri sebaik sahaja saya tiba juga amat membantu kerena membenarkan saya untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya menerusi X.

Menurut Franklin lagi, perjalanan dia ke hospital sambil menaiki kenderaan yang dipandu secara automasi dianggap sebagai sangat lancar dan efisyen.

“Sebagai pemilik kepada pelbagai kenderaan mewah seperti Porsche, Mercedes, BMW, Acura dan Cadillac, saya tanpa sebarang masalah boleh mengisytiharkan Tesla sebagai kemuncak kepada inovasi automatif pada hari ini.

“Keupayaan yang ditawarkan Tesla dalam situasi kritikal melibatkan nyawa menyerlahkan lagi keunggulannya. Kemajuan daripada sebuah kereta tradisional kepada Tesla dengan FSD seperti menaiktaraf daripada telefon asas kepada sebuah telefon pintar,” katanya.

Untuk itu, Franklin berkata dia sangat-sangat berterima kasih dengan idea ‘gila’ dan kesungguhan yang ditunjukkan Elon Musk dalam membangunkan teknologi yang bukan bersifat untuk pengangkutan semata-mata.

“Saya amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh Elon Musk terhadapa kecemerlangan dan inovasi. Beliau memberi impak yang sangat besar kepada dunia secara amnya dan kepada saya secara khususnya.

“Terima kasih Tesla dan terima kasih kepada pasukan VA Pusat Perubatan Charles George.”

Dalam pada itu, hantara berkenaan turut menarik perhatian Elon Musk, selaku CEO kepada Tesla Inc dan pelbagai lagi syarikat inovasi.

“Saya gembira kerana FSD dapat membantu anda dalam situasi kritikal dan anda kini bertambah baik,” kata Elon.

Sumber: Max Paul Franklin

The post Tesla ‘Selamatkan’ Lelaki Terkena Serangan Jantung, Pandu Sendiri 13 Batu Ke Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*