Israel Arahkan 1.1 Juta Penduduk Di Utara Gaza Berpindah Ke Selatan Dalam Tempoh 24 Jam

Penduduk Gaza berpindah

Israel Arahkan 1.1 Juta Penduduk Di Utara Gaza Berpindah Ke Selatan Dalam Tempoh 24 Jam

Tentera Israel memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada lewat malam Khamis bahawa seluruh penduduk di Utara Gaza diarah untuk segera berpindah, lapor CBS News.

Stephane Dujarric, jurucakap PBB memberitahu CBS News bahawa pegawai perhubungan Israel Defense Forces (IDF) memaklumkan perkara itu malam tadi.

Pegawai itu memberitahu bahawa penduduk Gaza diarah untuk berpindah ke selatan dalam tempoh 24 jam.

Menurut PBB, kira-kira 1.1 juta penduduk Palestin tinggal di bahagian utara Gaza tersebut.

PBB berkata bahawa arahan itu adalah mustahil untuk dilakukan tanpa memusnahkan kemanusiaan.

“Kami merayu agar sebarang perintah sedemikian dibatalkan bagi mengelakkan huru-hara yang lebih besar daripada apa yang sudah berlaku sekarang.

Pada awal Jumaat waktu tempatan, IDF mengarahkan ratusan ribu penduduk Gaza untuk berpindah ke selatan di Semenanjung Gaza untuk menyelamatkan diri.

Sebagai tindak balas arahan Israel, Hamas menyeru agar rakyat Palestin untuk tetap tinggal di rumah mereka.

“Ini huru-hara, tiada siapa yang faham apa yang perlu dilakukan,” kata Inas Hamdan, seorang pegawai di agensi pelarian Palestin PBB di Gaza City.

Menurut angka terbaru dari PBB, sekurang-kurangnya 338,000 penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal sejak Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.

Kira-kira 300,000 tentera Israel telah berkumpul di luar sempadan Semenanjung Gaza.

Jurucakap antarabangsa Pasukan Pertahanan Israel, Lt. Kol. Jonathan Conricus berkata Israel sedang bersedia untuk menyerang Gaza di darat.

Serangan itu dikatakan bakal menggunakan kereta kebal, kenderaan berperisai dan artileri yang lain milik Israel.

“Sedang membuat persiapan untuk perang seterusnya yang akan datang apabila masa yang tepat dan sesuai,” kata Conricus.

Pada Khamis, pegawai Israel berkata bahawa sekurang-kurangnya 1,300 orang telah terbunuh dan 2,800 lagi cedera dalam pergolakan yang berlaku baru-baru ini.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 1,537 penduduk Gaza telah terbunuh dalam serangan balas Israel, termasuk 500 kanak-kanak dan 6,600 lagi cedera.

Sejak pergolakan terbaru berlaku, Israel telah mengeluarkan sekatan sepenuhnya ke atas Gaza.

Ia termasuk sekatan makanan, air, gas, ubat dan elektrik yang tidak dibenarkan masuk ke wilayah tersebut.

Sumber: CBS News

The post Israel Arahkan 1.1 Juta Penduduk Di Utara Gaza Berpindah Ke Selatan Dalam Tempoh 24 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*