“Shopping” Di Lazada Dengan Diskaun Sehingga 90% Sempena Jualan Raya Fantastik

Sempena Aidilfitri tahun ini, Lazada datang lagi dengan promosi yang tidak terkalahkan. Tahun ini Lazada hadir dengan Jualan Raya Fantastik yang akan berlangsung dari 24 Mac, 8 malam sehingga 27 Mac 2024. Pelbagai diskaun untuk dinikmati daripada pelbagai jenis barangan keperluan perayaan, hiasan sehingga ke jenama fesyen popular seperti Lululemon, Samsonite, Adidas, Dyson, Sulwhasoo, DJI, dan banyak lagi!

Penjimatan sehingga 90%

Nikmati penjimatan sehingga 90% pada tempoh masa tertentu dengan LazFlash Extra melalui jenama-jenama terkemuka seperti Nike, GSK, Blackmores, Lenovo, Nestlé, dan banyak lagi.

Jika anda mencari produk berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berbaloi, anda boleh memilih Choice, yang mempunyai rangkaian produk yang dipilih khas untuk anda mendapat tambahan penjimatan apabila membeli dalam jumlah yang banyak seperti 4 paket atau lebih. Anda juga bakal mendapat Penghantaran Percuma! Anda hanya perlu mencari produk dengan tag Choice yang berwarna kuning untuk mendapatkan tawaran tersebut. Choice juga mempunyai Tawaran Kilat dan Jualan Baru Terhad sepanjang Jualan Raya ini.

Apabila anda membeli-belah di Lazada, jangan lupa untuk mengumpul Bonus Lazada dan menggunakannya untuk mendapatkan diskaun RM9 bagi setiap perbelanjaan bernilai RM90. Selain itu, anda boleh menggunakan Bonus Lazada bersama-sama dengan baucer penjual lain, LazCoins, LazCash, dan Penghantaran Percuma untuk memaksimumkan lagi penjimatan anda.

Beli dan Menang

Bermula pada pukul 8 malam pada 24 Mac sehingga 27 Mac, hanya dengan berbelanja di Lazada, anda bakal berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang fantastik untuk setiap pesanan yang ke-3,240. Pembeli boleh memenangi produk daripada jenama seperti BOSCH, Getha, Benefit, NeckPro+, 70mai dan banyak lagi, dengan nilai hadiah melebihi RM50,000.

Ketik dan Menang

Boleh diakses melalui ‘Voucher Centre’, anda akan memperoleh tiga peluang setiap hari untuk memenangi hadiah dan baucar daripada permainan ini! Anda juga akan mendapatkan peluang tambahan setiap kali anda berkongsi permainan ini bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Battle” Raya

Tunjukkan kemampuan anda dalam permainan berkumpulan ini yang membolehkan anda bersaing dengan pemain lain dalam lima berkumpulan, di mana anda bekerjasama untuk menyelesaikan misi-misi mudah setiap hari untuk mendapatkan mata dan memenangi Perlawanan Harian. Pemenang akan menikmati LazCash yang boleh digunakan bagi setiap pembelian anda. Terdapat lebih dari RM1.5 juta LazCash untuk dimenangi!

LazCoins

Ini merupakan satu tips yang istimewa untuk LEBIH JIMAT semasa Jualan Raya Fantastik Lazada! Daftar masuk ke Saluran LazCoins dari 23 hingga 27 Mac untuk mengumpul lebih banyak LazCoins. Pastikan anda konsisten mendapatkan prestasi harian yang baik bagi mendapatkan LazCoin sebanyak mungkin, dan beli-belah di saluran tersebut untuk mendapatkan penjimatan yang maksimum untuk pelbagai barangan.

Treasure Hunt

Sertai Treasure Hunt di saluran LazCoins dan gunakan LazCoins anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah seperti telefon pintar, produk kecantikan, dan juga peralatan rumah.

Tidak yakin dengan produk pembelian anda? Polisi Change of Mind daripada Lazada akan melindungi anda!

Lazada telah memperluaskan polisi Change of Mind untuk merangkumi lebih banyak kategori, penjual, dan produk. Anda kini boleh memilih untuk membatalkan pesanan anda pada bila-bila masa sebelum pengesahan penghantaran dibuat, supaya anda mempunyai peluang untuk membeli produk terbaik yang memenuhi keperluan anda.

Kini, pembelian yang dibuat di LazMall dan Choice telah mempunyai masa pemulangan barang yang lebih panjang sehingga 30 hari. Jadi, jangan risau! Anda akan memperolehi lebih banyak masa untuk menilai barang anda dan membuat pemulangan dengan lebih mudah secara percuma jika perlu. Anda boleh membeli tanpa rasa bimbang dan nikmati lebih banyak fleksibiliti apabila membeli produk kegemaran anda dari jenama antarabangsa dan tempatan yang terkenal di LazMall, atau apabila memilih produk berkualiti tinggi dan bernilai tinggi dari Choice.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Nantikan Jualan Raya Fantastik Lazada dan mula menambah ke troli untuk hari yang Istimewa ini. Jangan lupa untuk mengumpulkan baucer, LazCash, dan LazCoins agar anda lebih bersedia untuk membeli pada jam 8 malam, 24 Mac nanti!

The post “Shopping” Di Lazada Dengan Diskaun Sehingga 90% Sempena Jualan Raya Fantastik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*