Israel Bom Pintu Sempadan Gaza-Mesir Buat Kali Ketiga Dalam Tempoh 24 Jam

Sempadan Gaza-Mesir Dibedil Israel Buat Kali Ketiga Dalam 24 Jam

Israel Bom Pintu Sempadan Gaza-Mesir Buat Kali Ketiga Dalam Tempoh 24 Jam

Pintu sempadan Gaza-Mesir, dibom buat kali ketiga pada Selasa oleh Israel dalam tempoh 24 jam.

Menurut AFP, pintu sempadan Rafah itu menjadi satu-satunya pintu masuk yang tidak dikawal oleh Israel.

Serangan kali ketiga melibatkan empat buah misil itu menyasarkan pintu sempadan yang terletak di kawasan sebelah Palestin, kata wakil Hak Asasi Manusia Sinai.

Wakil itu juga menyebut serangan tersebut menyebabkan pintu sempadan itu ditutup, namun tiada pengesahan segera dibuat oleh mana-mana pihak.

Manakala, beberapa saksi memberitahu serangan kedua mengenai kawasan no-man land di antara pintu masuk Mesir dan Palestin, yang memusnahkan kawasan di sebelah Palestin.

Dalam pada itu, wakil tentera Israel memaklumkan pihaknya tidak dapat mengesah atau menafikan serangan itu berlaku buat masa ini, ketika dihubungi AFP.

Israel bom pintu sempadan Gaza-Mesir

Saksi menyebut, kakitangan sempadan yang betugas di bahagian Mesir juga segera dipindahkan sebaik sahaja serangan itu berlaku. Manakala berdozen-dozen keluarga asal Palestin yang mahu memasuki Palestin terpaksa berpatah balik ke El-Aris, bandar terdekat di Mesir.

Dalam pada itu, hari ini merupakan hari kedua sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza. Serangan itu dilancarkan susulan situasi tegang yang meletus diantara kedua-dua belah pihak sejak beberapa hari lalu.

Menurut AFP, sekurang-kurang 900 kematian dicatatkan di pihak Israel, manakala pihak berkuasa Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 765 terbunuh di pihaknya setakat ini.

Terdahulu, sumber keselamatan melaporkan serangan pertama di pintu sempadan Rafah pada Isnin telah menghentikan operasi di sempadan buat seketika.

Mesir dalam pada itu dilapor telah memaklumkan pihak berkuasa Palestin untuk segera memindahkan penduduk yang tinggal berdekatan sempadan Rafah sebelum serangan itu berlaku.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza, Iyad al-Buzum yang dipimpin Hamas. Tiada sebarang komen diberikan oleh pihak berkuasa Mesir berhubung perkara tersebut.

Reaksi dunia terhadap konflik yang berlaku yang berlaku antara rakyat Palestin dan Israel

Sebelum ini, Israel mengumumkan pihaknya akan melakukan ‘kepungan sepenuhnya’ ke atas Gaza. Kepungan itu termasuklah memutuskan bekalan makanan, minuman, bahan api dan tenaga elektrik ke wilayah itu.

Tindakan tersebut dikhuatiri akan memberikan kesan terus kepada kira-kira 2.3 juta penduduk Gaza.

Sementara itu, PBB membantah tindakan yang diambil Israel dan menyifatkan kepungan berkenaan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Manakala, pemimpin Jordan, Raja Abdullah II mengarahkan pegawainya pada hari ini untuk segera menguruskan penghantaran bantuan perubatan dan kemanusian ke Palestin.

Penghantaran tersebut akan dibuat melalui pintu sempadan Rafah dengan koordinasi daripada pihak Mesir.

Untuk makluman, perjalanan melalui sempadan Rafah terhad bagi kes-kes kemanusiaan dan sering memerlukan kelulusan pihak berkuasa yang menelan masa yang panjang.

BACA: Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Sumber: AFP

The post Israel Bom Pintu Sempadan Gaza-Mesir Buat Kali Ketiga Dalam Tempoh 24 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*