Isteri Maut, Suami Campak Dari Tingkat Tiga

Suami Campak Dari Tingkat Tiga

Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas dilapor dicampak oleh suami dari tingkat tiga sebuah bangunan di kawasan Kotwal, India pada malam Ahad, lapor NDTV.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun didakwa bergaduh dengan suspek mengenai beberapa isu sebelum suspek bertindak untuk mencampaknya.

Superintendan Polis (Bandar) Kapil Dev Singh berkata, mangsa yang mengalami kecederaan serius itu dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat manakala suspek kini dalam buruan polis. Bagaimanapun, suspek dikenal pasti sebagai seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah swasta.

Menurut saksi (anak perempuan mangsa) yang berusia 8 tahun, pergaduhan itu bermula apabila bapa pergi ke bilik ibunya.

Akibat tidak dapat menahan amarah, bapanya kemudian mengheret sambil memegang leher ibunya dan melemparkan ke bawah dari bangunan itu.

Sumber: NDTV

The post Isteri Maut, Suami Campak Dari Tingkat Tiga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*