Isu Beg Udara, Toyota Panggil Semula 1.12 Juta Kenderaan

toyota 1.12 juta kenderaan beg udara

Isu Beg Udara, Toyota Panggil Semula 1.12 Juta Kenderaan

Toyota pada Rabu telah memanggil semula kira-kira 1.12 juta kenderaan melibatkan pelbagai model dibawah jenamanya selepas disyaki berdepan masalah beg udara.

Antara model yang terlibat adalah Avalon, Corolla, Lexus Es250, ES350 and ES300H, Camry, RAV4, Sienna Hybrid dan RX350 Highlander.

Difahamkan model-model yang terlibat adalah model-model yang dikeluarkan antara tahun 2020 hingga 2022.

Isu keselamatan yang dikesan melibatkan sensor Occupant Classification System (OCS), yang mana sebahagiannya disyaki mengalami masalah litar pintas.

Secara umumnya, sensor-sensor ini berperanan untuk mengenalpasti individu yang duduk di tempat duduk pemandu dan penumpang.

Sensor ini juga mampu mengenalpasti sama ada penumpang tersebut adalah kanak-kanak ataupun objek tidak bernyawa.

Toyota panggil semula jutaan kenderaan kerana isu beg udara

Jika penumpang adalah bayi atau kanak-kanak, beg udara biasanya tidak diluncurkan, kerana diketahui boleh menjadi punca kepada kecederaan, malah kematian sebelum ini.

Beg udara juga tidak akan meluncur dalam kes objek tidak bernyawa.

Namun begitu, sekiranya terdapat isu keselamatan pada sensor berkenaan, beg udara berkenaan mungkin tidak meluncur sesuai dengan tetapan rekaannya.

Ekoran itu, syarikat berkenaan mengumumkan bahawa pihaknya akan menggantikan beg udara yang mengalami masalah ini secara percuma.

Para pengguna dijangka akan dimaklumkan sama ada kenderaan mereka terlibat dalam isu ini menjelang Februari 2024.

Masalah berkenaan mampu memberi impak terhadap industri automobil di Jepun

Sungguhpun begitu, ini bukan kali pertama syarikat automobil asal Jepun tersebut mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian.

Pada tahun 2022, syarikat tersebut terpaksa memanggil semula kira-kira 3,500 kenderaan RAV4 di Amerika Syarikat atas masalah lebih kurang sama.

Walaupun Toyota, dan lanjutannya, Daihatsu sendiri, berkemungkinan besar akan menyerap sebarang kehilangan pendapatan yang timbul daripada situasi ini, impak ini berkemungkinan besar memberi kesan kepada 8,316 syarikat rantaian bekalan.

Perkara ini turut boleh mendorong lebih banyak pemeriksaan keselamatan bagi pembuat kereta Jepun terkemuka lain seperti Honda.

BACA: Roti Canai Malaysia ‘Mendunia’, Kini Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Sumber: Euronews

The post Isu Beg Udara, Toyota Panggil Semula 1.12 Juta Kenderaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*