Isu Mogok Mengejut, Ini Respon Menteri KKM

isu mogok respon kkm

Isu Mogok Mengejut, Ini Respon Menteri KKM

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memberikan maklum balas mengenai rancangan mogok mengejut (unannounced strike) yang didakwa akan berlaku dalam kalangan kakitangan kesihatan baru-baru ini.

Menerusi akaun TikTok rasminya (@drzalihamustafa), beliau mengambil maklum mengenai rencana tersebut walaupun tidak mengetahuinya secara terperinci.

Beliau seterusnya meminta agar semua yang mungkin terlibat dalam rencana tersebut supaya tidak mengambil keputusan secara terburu-terburu.

Katanya, tindakan mogok yang mungkin dilakukan itu tidak akan menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Dr. Zaliha berkata, langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah pihak yang terlibat adalah hadir bertemu dan bersemuka dengan pihaknya dengan cara yang lebih teratur.

Beliau seterusnya turut menegaskan, sebagai individu yang pernah menjadi doktor, dirinya amat memahami segala masalah yang dihadapi oleh petugas kesihatan.

Malah, perkara itu turut menjadi keutamaannya sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan tiga bulan lalu.

Isu mogok, ini antara respon lain Menteri KKM

“Latar belakang saya sendiri sebagai sorang doktor menyebabkan saya memang faham benda itu dan saya bertekad untuk menyelesaikan masalah ini.

“Kalau boleh hari ini, hari ini juga saya selesaikan,”

Masa perlu diambil bagi memberikan solusi yang terbaik

Namun, Dr. Zaliha meminta semua pihak untuk memahami prosedur yang perlu dilakukan selepas menerima aduan daripada pihak tertentu.

Perkara ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas dan terperinci mengenai situasi yang dialami oleh petugas kesihatan dan pihaknya dapat memberikan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Kita kena faham bahawa ini memerlukan sedikit masa, untuk saya memahaminya dengan baik supaya penyelesaian terbaik dapat dilaksanakan,”

Dalam pada itu, beliau meminta kepada semua pihak untuk berfikir dan bertindak dengan cara lebih baik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Beliau menyifatkan tindakan berhubung melalui pegawai-pegawainya atau bersemuka dengannnya adalah lebih baik dalam menyelesaikan sebarang masalah yang ada.

“Sama-sama (kita) dapat menyelesaikan masalah ini dan semua akan mendapat kebaikan daripada perkara ini,”

@drzalihamustafa

Respon terhadap perencanaan mogok mengejut (unannounced strike). #kkm #malaysiamadani #kesihatan #healthcareworker

♬ original sound – Dr Zaliha Mustafa – Dr Zaliha Mustafa

BACA: Cadangan Wajib Pembayaran Elaun Latihan Industri Sektor Swasta Dibawa Ke Kabinet – Hannah

BACA: Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM

Sumber: Dr Zaliha Mustafa via TikTok

The post Isu Mogok Mengejut, Ini Respon Menteri KKM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*