Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

jangan biar kereta tersadai

Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

Biasanya kita sering diingatkan untuk memastikan kereta dalam keadaan ‘tip top’ sebelum memulakan perjalanan jauh. Perkara ini adalah untuk memastikan kereta anda ‘tidak merajuk’ apabila digunakan dalam jangka masa yang agak lama.

Jika anda jenis kurang mahir berkenaan cara memeriksa kereta sendiri, anda boleh serahkan tugas ini kepada pusat servis mahupun bengkel kenderaan yang berdekatan dengan tempat anda.

Akan tetapi, ramai sebenarnya tidak tahu beberapa rutin yang perlu dilakukan terhadap kereta kesayangan anda selepas menghadapi perjalanan jauh.

Kebanyakannya mungkin membiarkan kereta tersadai di tempat letak kereta selepas pulang daripada perjalanan jauh dan tidak berbuat apa-apa selepas itu.

Bayangkan kereta tersebut adalah kekasih anda, dan dia telah melakukan segala-galanya untuk anda. Akan tetapi, anda hanya membiarkan ‘kekasih’ anda begitu sahaja selepas meluangkan masa bersama anda, tanpa sedikit pun penghargaan kepadanya.

Kalau kereta tersebut ada perasaan sama seperti manusia, sudah semestinya mereka akan merasa sedih, kecewa dan makan hati dengan tindakan anda.

Maka, ikutilah rutin penjagaan kereta ini yang dikongsi Carsome bagi menghargai jasa kereta anda selepas perjalanan yang jauh.

1. Periksa tahap cecair pada bahagian tertentu agar berada pada paras mencukupi

Sebaik sahaja selesai menjalani perjalanan panjang bersama kereta kesayangan anda, pastikan paras cecair pada beberapa bahagian seperti brek, stereng dan sebagainya mencukupi.

Perjalanan jauh kadang kala menyebabkan pengurangan cecair pada bahagian tertentu disebabkan kenderaan digunakan lebih lama daripada kebiasaan.

Jika terdapat kekurangan, tambahkan cecair tersebut sehingga mencapai paras yang dikehendaki. Akan tetapi, jika cecair didapati berada pada paras yang terlalu rendah, berkemungkinan terdapat kebocoran pada kereta anda.

Apabila perkara ini terjadi pada kereta anda, bawa kereta anda ke pusat servis atau bengkel untuk pemeriksaan dengan kadar segera.

selepas perjalanan jauh
Kredit: Bernama

2. Menyelaras dan menyimbangkan tayar-tayar pada kereta anda

Semasa pemanduan jauh, kalau anda merasa gegaran pada stereng atau tayar kereta, berkungkinan kereta anda mengalami kerosakan pada alignment tayar.

Menurut Carsome, jangan sesekali mengabaikan masalah ini dan bawa kenderaan anda untuk diperiksa dengan mekanik secepat mungkin.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kereta anda mengalami masalah pada bahagian alignment dan balancing pada tayar.

1. Stereng kereta tidak dapat memastikan kenderaan dapat bergerak dalam garisan lurus, walaupun menyusur  di jalan yang lurus

2. Kereta bergegar semasa anda menekan pedal brek

3. Bunyi kuat kedengaran sewaktu membelok

4. Kereta bergegar sewaktu memandu pada kelajuan yang tinggi

3. Membasuh dan membersihkan kereta anda

Salah satu tanda kita sebagai pemilik kereta menunjukkan rasa sayang kepada ‘jentera kesayangan’ adalah dengan membersihkannya secara berkala.

Secara kebiasaannya, kereta akan menjadi kotor selepas menghadapi perjalanan yang jauh, lagi-lagi berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan keadaan muka bumi yang tidak rata.

Bahagian luar kereta akan dipenuhi dengan kotoran seperti lumpur, debu, atau serangga yang melekat pada cermin kereta selepas dipandu pada jangka masa yang agak lama.

Oleh sebab itu, pemilik kenderaan disarankan untuk mencuci kereta setelah perjalanan selesai bagi memastikan kereta anda kembali ‘bersinar’ semula.

Sungguhpun begitu, pemilik kenderaan juga jangan sesekali melupakan bahagian dalaman kereta, lagi-lagi jika anda membawa banyak penumpang yang bermacam-macam ragam.

Selain debu dan sampah tipikal yang sering ditinggalkan dalam kereta, sisa makanan dan sebarang tumpahan cecair minuman perlu dibersihkan dengan kadar segera.

Ini adalah untuk memastikan kenderaan anda perlu dibersihkan terutamanya jika terdapat sisa makanan yang tumpah pada lantai dan kerusi.

Jika tidak, ia akan mengakibatkan kereta anda menjadi tempat kediaman serangga perosak seperti lipas dan mengeluarkan bau yang kurang enak.

BACA: Unik, Rakyat Indonesia Mengundi Pakai Paku & Bukannya Pen

Sumber: Carsome

The post Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*